pibk strategik
Anjakan 9, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM, 2013 – 2025), telah menetapkan
bahawa pelibatan ibu bapa, komuniti, dan pihak swasta perlu diperluas dan diperkasakan peranannya.
Perubahan persekitaran pendidikan semasa menuntut pelibatan ibu bapa, komuniti malah pihak
swasta untuk lebih aktif. Ekosistem pembelajaran di abad ke-21 telah mengubah konsep pendidikan
dan memberi keutamaan daripada “pembelajaran berasaskan sekolah” kepada “pembelajaran
berasaskan sistem”, iaitu melibatkan ibu bapa, komuniti, pihak swasta dan masyarakat sebagai
rakan dalam membantu pembelajaran murid.
Kajian antarabangsa menunjukkan bahawa pelibatan ibu bapa dan komuniti dalam aktiviti
pembelajaran murid memberi kesan yang signifikan. Contohnya, kajian yang dijalankan oleh Centre
for Social Organization of Schools di Amerika Syarikat mendapati sekolah yang melibatkan komuniti
menikmati manfaat termasuk penurunan kadar ponteng sekolah, kadar menyiapkan kerja sekolah
yang lebih tinggi, dan pencapaian gred yang lebih baik dalam kalangan murid.
Justeru, di dalam Standard Prestasi bagi tunjang PIBK Strategik ini menggariskan empat
elemen penting yang terkandung di dalamnya, iaitu ;
•
•
•
•
Pengurusan PIBG yang menyokong kepada pembangunan ekosistem pembelajaran abad 21.
PIBK terlibat secara langung dalam pembangunan potensi murid.
Permuafakatan strategik KSIB membantu menyokong ekosistem pembelajaran abad 21.
Pelibatan komuniti untuk program pembangunan pendidikan abad 21.
Rajah 5 : Sistem Pembelajaran
Sumber : PPPM, Bab 7 Struktur Sistem
97