STANDARD PRESTASI PAK21 V1.0 | Page 9

Assalamu’ alaikum Waramatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Muafakat Johor
Semua menyedari bahawa kejayaan dan keberhasilan murid bermula dengan gaya kepemimpinan sekolah serta aspek pembelajaran dan pengajaran( PdP). Maksudnya, keupayaan institusi sekolah menyediakan ekosistem pembelajaran memberi rangsangan yang dapat memberi impak kepada peningkatan penguasaan murid.
Standard Prestasi ini disediakan bagi menyokong kepada pelaksanaan program Johor Showcase bagi Sekolah PAK21. Elemen penting yang terkandung di dalamnya diharapkan dapat memberi suntikan dan panduan kepada warga sekolah untuk meningkatkan prestasi kemajuan sekolah dengan semua pihak yang berkepentingan. Justeru, adalah baik institusi sekolah dapat membuat penarafan kendiri dengan berpandukan Standard Prestasi ini.
Semoga kita semua sebagai warga pendidikan Johor dapat berganding bahu membawa inisiatif masing-masing secara muafakat bagi memastikan hasrat dan aspirasi Johor Showcase dapat dicapai dengan jayanya.
Syabas dan tahniah.
SALLINA BTE HUSSAIN Ketua Sektor Pengurusan Akademik
9