Assalamu’alaikum Waramatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan
Salam Muafakat Johor
Agenda transformasi pendidikan negara telah mendorong Jabatan Pendidikan Negeri
Johor (JPNJ) merangka hala tuju pendidikan ke arah pembangunan modal insan yang
berdaya maju dan memenuhi keperluan global. Dalam menterjemahkan usaha ini
maka terhasillah program Johor Showcase yang memfokuskan kepada keberhasilan
murid yang mencakupi semua aspek pembangunan potensi sejajar dengan tuntutan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Showcase Sekolah Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) merupakan salah satu inisiatif
yang dicetuskan bertepatan dengan kehendak dan keperluan memenuhi Aspirasi
Murid seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM, 2013 – 2025) iaitu, mempersiapkan generasi Malaysia untuk menghadapi
keperluan serta kehendak abad ke-21.
Penghasilan Standard Prestasi ini merupakan salah satu perkara yang terkandung
dalam pelan operasi Sekolah PAK21. Standard Prestasi ini disediakan agar semua
warga pendidikan Johor dapat membuat rujukan tentang peranan dan tanggungjawab
yang perlu digalas. Bersesuaian dengan Gelombang 2 PPPM (2016-2020), penerbitan
Standard Prestasi ini diharapkan dapat membantu institusi sekolah memacu kepada
perubahan sistem dan mengukuhkan peranan masing-masing dari segi kapasiti dan
keupayaan pelaksanaan.
Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan penghargaan dan setinggi-tinggi tahniah
diucapkan kepada Sektor Pengurusan Akademik dan pasukan pemikir yang terlibat
untuk menyedia dan menerbitkan Standard Prestasi bagi Sekolah Pembelajaran
Abad Ke-21 (PAK21) ini.
Selamat Maju Jaya.
AZMAN BIN ADNAN
Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Johor
7