ringkasan eksekutif
Standard Prestasi PAK21 ialah inisiatif yang dibina bagi mengesan
dan mengesahkan status pelaksanaan program Showcase PAK21
di sekolah-sekolah rintis khususnya dan sekolah-sekolah di negeri
Johor amnya. Standard Prestasi ini menggariskan empat standard
utama yang menjadi panduan penting kepada pengoperasian sekolah
PAK21. Kandungan di dalam Standard Prestasi ini diharapkan dapat
menjadi panduan kepada semua pihak yang menggalas tugas dan
tanggungjawab berdasarkan fungsi masing-masing sama ada di
peringkat JPN, PPD, sekolah dan pihak ibu bapa serta komuniti yang
mempunyai keterlibatan dalam skopnya tersendiri. Gabungan empat
tunjang utama yang dinyatakan secara tersurat di dalam kerangka
PAK21 merupakan satu proses yang menyeluruh dan saling berkaitan
di antara satu sama lain. Ia juga telah menjadi fokus dalam transformasi
pendidikan negara sebagaimana yang terkandung dalam PPPM (2013
hingga 2025). Kejeleketan yang padu keempat-empat tunjang yang
menjadi asas pembinaan kerangka PAK21, adalah merupakan satu
keperluan utama ke arah memenuhi aspirasi yang hendak dicapai
iaitu membina negara bangsa yang berkualiti dan berdaya maju tanpa
meninggalkan jati diri serta budaya serta nilai timur dalam diri masing-
masing.
12