SKSBD TERBAIK Jun. 2014 | Page 8

AKTIVITI PUSAT SUMBER SKSBD • Julai Bulan Pusat Sumber Sekolah • Pada 1 Julai 2009 hingga 26 Julai 2009, Sekolah Kebangsaan Kurong Hitam telah meganjurkan Program Julai Bulan Pusat Sumber.Pelbagai acara dijalankan sepanjang program itu berlangsung. Format pertandingan adalah berdasarkan RUMAH SUKAN yang diwakili oleh setiap pelajar iaitu rumah MERAH, BIRU, KUNING dan HIJAU.Oleh itu, setiap rumah sukan perlu menghantar wakil bagi setiap acara yang dipertandingkan. • Matlamat utama Program Julai Bulan Pusat Sumber Sekolah ialah : • Meningkatkan mutu pendidikan di sekolah. • Membentuk profesion perguruan yang berilmu, dinamis, kreatif dan berdisiplin untuk membantu pembinaan sahsiah guru-guru supaya dapat memainkan peranan yang berkesan dalam pembangunan negara, bangsa dan agama. • Membentuk golongan pelajar yang berilmu, kreatif, dan berdisiplin. • Mendedahkan pelajar dengan pengetahuan teknologi maklumat menerusi penggunaan komputer. • Objektif Program Julai Bulan Pusat Sumber Sekolah ialah : • Mencungkil bakat terpendam murid menerusi aktiviti yang dijalankan. • Memberi peluang kepada murid untuk mengasah bakat dan mengembangkan minda. • Membudayakan murid dengan bahan bacaan di PSS dan amalan suka membaca.