PERMAIDANI RAYA BUAT ABAH…..
Masih terngiang-ngiang lagi ungkapan abah dan mak tatkala melahirkan
hasrat untuk bersara awal bagi mendalami ilmu agama di sebuah
institusi pondok yang merupakan impian kedua mereka sejak sekian
lama.
Di awal persaraan pada Julai 1990, setiap hari Jumaat, abah dan
mak akan bersama menghadiri pengajian di AP. Aku yang baru
memulakan kerjaya perguruan pula, telah ditugaskan di kampung
halamanku. Setelah sekian lama tinggal berdua, kepulanganku
ke pangkuan mereka menambah keceriaan dalam hidup abah.
Namun, kita hanya merancang, Allah jualah yang menentukan. 7 Julai
1994, panggilan dari abah membuatku terkedu. Semua anak diminta
hadir ke sebuah hospital swasta di PP keesokan harinya kerana mak
akan menjalani satu pembedahan kecil. Seperti yang dipinta, semua
anak-anak berada disisi mengiringi mak ke dewan pembedahan. Doa
kami panjatkan kehadrat Allah moga semuanya berialan lancar. Namun,
kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan. Menurut doktor,
berlaku komplikasi dalam pembedahan mak akibat tekanan darahnya
yang tidak stabil. lanya merupakan satu tamparan yang amat hebat buat
kita sekeluarga. Namun, abah tak pernah berhenti berusaha. Dua
minggu tanpa sebarang perubahan, keputusan diambil untuk
memindahkan mak ke hospital daerah S yang berhampiran dengan
rumah kita.
Rutin hidup abah berubah dalam sekelip mata. Ketabahan abah
menguruskan mak amatku kagumi. Tanpa mengenal putus asa, ribuan
ringgit telah dibelanjakan untuk memulihkan mak. Ke mana sahaja
terdengar ada yang mampu mengubat mak, abah akan pergi. Syukur
ke hadrat Allah, berkat doa dan usaha tanpa jemu, mak mula bersuara
hampir tiga bulan kemudian. Diikuti keupayaan mak untuk berjalan
semula. Wajah abah kembali bersinar. Walaupun mak tidak seperti dulu,
namun abah tetap sabar melayan kerenah mak. Bukan anak-anak tidak
mahu menjaga mak, tapi mak adalah tanggungjawabnya, tegas abah.
Begitu dalam kasih abah pada mak.
Penghujung 1995, abang telah ditukarkan ke AS. Aku agak
keberatan untuk meninggalkan abah keseorangan menguruskan mak,
namun abah tetap memaksaku mengikut suami. Pesannya yang masih
kuingat hingga kini, tempat seorang isteri adalah di sisi suami.
Setiap kepulangan kami ke kampung, kami akan berbual sehingga
lewat malam seperti lama terpisah. Dalam kerancakan abah bercerita,
jauh di sudut hati ini, kusedari betapa sunyinya hidup abah selepas aku
berpindah. Kesempatan pulang ke pangkuan abah, aku cuba menggembirakan abah. Juadah kegemarannya akan kusediakan sekadar
termampu. Menitis air mata ini setiap kali melihat abah begitu berselera
menjamah hidangan. Setiap kali sibuk menyediakan juadah buat suami
dan anak-anak, hatiku dihimpit perasaan bersalah mengenangkan abah
yang terpaksa menguruskan makan minumnya sendirian. Tiada
perkataan dapat menggambarkan ketabahan abah dalam menjalani
kehidupannya.
Dalam usianya menjangkau 60-an, abah terus sibuk dengan rutin
hariannya. Bermula dengan membersihkan mak setiap awal pagi,
menyediakan sarapan dan ubat-ubatan mak. Seterusnya ke pasar untuk
menyediakan makan tengahari dan malam mak. Petangnya, ke gerai
berhampiran untuk mencari juadah buat minum petang mak. Sebelum
maghrib, abah akan memandikan mak sebelum diberi makan malam.
Balik dari solat isyak, abah akan menyediakan minuman mak. Setelah
mak tid \