SEMARAK JAYA EDISI 2/2015 1 | Page 5

Motto Sekolah : BERIMAN, BERILMU, BERWAWASAN Lencana sekolah mempunyai warna berikut : Warna merah : Melambangkan semangat berkobar-kobar, semangat untuk meninggikan sekolah. Membela bangsa dan menjaga Negara. Warna biru : Melambangkan ketenteraman, iaitu ketenteraman fikiran, hati, jiwa dan perasaan. Warna kuning: Melambangkan kesejahteraan dan kesetiaan. Warna putih : Melambangkan kesucian dan keikhlasan. Simbol-simbol dalam lencana: Buku : Melambang sumber dan kepentingan ilmu sebagai penyuluh dan penunjuk arah kehidupan yang sejahtera. Anak Panah : Melambangkan hala tuju warga sekolah, keteguhan cita-cita dan azam warga sekolah dalam mencapai kecemerlangan. Dua Telapak Tangan: Melambangkan pemuafakatan, kerjasama dan team work di kalangan warga sekolah bagi mencapai wawasan. Bintang : Melambangkan kejayaan dan kecemerlangan sekolah.