Sasaran 74th Edition SASARAN EDISI 74 (20FEB18) | Page 87

Bersatu ke Alaf Baru (1999) Reka bentuk logo ini mengambarkan seorang pemimpin yang membawa kepada penyatuan minda rakyat Malaysia dalam menuju ke alaf baru yang lebih dinamik. Bentuk kon (V) yang terdapat di dalam logo melambangkan Malaysia ke arah visi negara 2020 Keranamu Malaysia (2000 - 2006 ) Warna merah, kuning dan putih melambangkan tiga kaum utama di Malaysia yang menunjukkan rasa syukur terhadap kemajuan dan keamanan yang dikecapi Malaysia. Bentuk ā€œVā€ itu mengambarkan visi ataupun wawasan negara Malaysiaku Gemilang (2007) Logo ini diilhamkan dari Jalur Gemilang . Logo ini seperti sedang berkibar yang melambangkan semangat patriotisme rakyat jelata kepada negara. Jalur putih dan merah yang dibentuk angka 5 dan simbol bulan dan bintang yang dijadikan angka 0 sempena ulang tahun kemerdekaan ke-50. Perpaduan Teras Kejayaan (2008) Bertemakan Perpaduan Teras Kejayaan, ianya dibuktikan dengan gandingan 3 figura yang membentuk corak kesepaduan membuktikan perlunya kesepaduan dalam negara majmuk Malaysia. Kuning,Biru dan Merah yang diletakkan sebagai teras warna mewakili kaum-kaum di Malaysia. 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian diutamakan (2009) Dengan logo berbentuk nombor satu dan diisi dengan jalur gemilang membuktikan visi negara Malaysia iaitu mewujudkan masyarakat yang cintakan negara dan bersatu padu. 1 Malaysia: Menjana Transformasi. (2010) Mengekalkan logo yang sama seperti tahun sebelumnya namun ditambah pekataan Menjana Transformasi bagi disesuaikan dengan tema iaiu 1Malaysia Menjana Transformasi. Transformasi yang disebut-sebut beerti perubahan kearah yang lebih baik. SASARAN JURNAL KRITIKAN MEDIA . 87