Sasaran 74th Edition SASARAN EDISI 74 (20FEB18) | Page 57

SAINS & TEKNOLOGI GANJA: SATU GANJARAN? ROZLIN RUSHARMEEN ROSMIN, menyingkap keterbukaan orang ramai mengenai penggunaan ganja yang semakin berleluasa dalam era globalisasi ini. S ebuah video yang tular memaparkan seorang ibu yang panik lalu mem- beri anaknya marijuana setelah kasi- han melihat anaknya menggila akibat sawan. Dengan hanya sekelip mata, sawan anak lelakinya itu hilang dan dia kemba- li tenang seperti tiada apa-apa yang berlaku. Di United Kingdom pula, seorang ibu sanggup mempertaruhkan nyawanya sendiri apabila berdepan dengan hukuman penjara setelah didapati memberi anaknya yang baru berusia 10 tahun marijuana secara senyap selepas disahkan menghidap penya- kit leukimia. Callie Blackwell mendedahkan bahawa dia sudah mengamalkan perubatan melalui marijuana selama dua tahun dan mengakui bahawa dadah tersebut berjaya menyelamatkan anaknya, Deryn Blackwell. SASARAN JURNAL KRITIKAN MEDIA . 57