Wartawan segera
K
epantasan lonjakan penggunaan internet
mengubah masyarakat kepada masyarakat
maya yang terlalu ghairah mengejar tular,
kesukaan, tontonan, komen dan juga
perkongsian ibarat dunia yang kita diami hari ini
dibahagi kepada dua lain realiti dan maya.
Berbalik kepada insiden menyayat hati yang
menimpa pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah
memunculkan kelompok ‘waratawan segera’ yang
sibuk membuat liputan langsung di lokasi kejadian,
hospital dan juga pusara anak-anak syurga ini
sehingga mengundang suasana ‘semak’ dan ‘sesak’.
‘Kekalutan’ mereka turut mengganggu kelancaran
pihak berkuasa, petugas media dan agensi terlibat
menjalankan tugas.
Fenomena wartawan segera ini mengukuhkan lagi
peribahasa lebih sudi dari kuah.
Menyelami pengalaman petugas media yang
membuat liputan di lokasi kebakaran, wartawan
_Sinar Harian Online, Muhammad Afham Ramli
menceritakan suasana pusat tahfiz berkenaan yang
dikerumuni orang ramai untuk membuat Facebook
Live, Insta Story, rakaman video dan tidak kurang
juga berswafoto serta mengambil gambar di setiap
sudut.
“Sejak awal pagi kejadian, orang ramai mula
berkerumun di sekitar pusat tahfiz, jiran dan netizen
yang datang dari jauh dan dekat. Masalahnya ada
sebilangan yang melepasi garisan keselamatan
sehingga bomba terpaksa mengeluarkan arahan
beberapa kali supaya orang awam menjauhi kawasan
itu.
“Mereka sibuk merakam video, Facebook live dan
juga mengambil gambar untuk melaporkan keadaan
semasa.
“Ada juga yang singgah semata-mata untuk
berswafoto di depan papan tanda pusat tahfiz dan
naik ke surau sebelah untuk melaporkan kepada
rakan-rakan di media sosial masing-masking. Boleh
dikatakan sehari lebih 1000 orang berkunjung,”
katanya.
Meskipun sudah beberapa hari, insiden kebakaran
ini masih panas sehinggakan kawasan perjuangan
sekitar Jalan Keramat Ujung masih didatangi
pengunjung.
Fenomena wartawan segera ini turut berlaku di
Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman
Batu Muda ketika pengebumian berlangsung.
Wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Mat Isa turut
berkongsi bagaimana kumpulan wartawan segera ini
melambatkan proses menyempurnakan jenazah.
“Ketika penggali kubur masih bertungkus lumus,
orang ramai yang hadir bukanlah ahli keluarga
terutamanya, sudah sibuk membuat Facebook Live
dan Insta Story. Apabila jenazah tiba mereka rempuh
garisan keselamatan, serbu untuk ambil gambar dan
rakam video.
“Sedangkan kami wartawan dan jurugambar
ditempatkan di lokasi khas yang tidak mengganggu
urusan pengebumian. Sudahlah tukang angkat
keranda berbelas orang ditambah pula dengan
kumpulan wartawan segera ini, ternyata
membuatkan pengebumian dalam cuaca basah dan
lecak itu memakan masa yang panjang,” keluhnya
SASARAN JURNAL KRITIKAN MEDIA . 119