Sasaran 74th Edition SASARAN EDISI 74 (20FEB18) | Page 116

Tiba masa tentang sebaran berita palsu P utrajaya: Penjawat awam perlu memainkan peranan untuk menentang penyebaran berita palsu mengenai kerajaan yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab. Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, ketika ini golongan atau pihak ini amat berpengaruh di media social. Sehubungan itu, penjawat awam perlu menyebarkan berita betul bagi ‘mematahkan’ tuduhan mereka. “(Penyebaran) berita palsu ketika ini (dilihat) melampau batas, jadi sekarang masanya untuk kita menentang penyebaran berita palsu oleh golongan ini kerana banyak maklumat yang diberikan 100 peratus salah. “Mereka tidak ada isu lain yang nak dibangkitkan, semua perkara lama… itu pun tiada fakta,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Program Kesedaran Keselamatan Siber Sektor Awam 2017, semalam. Turut hadir, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Zainal Rahim Seman dan Ketua Pengarah Keselamatan Negara Jeneral Tan Sri (Dr) Zulkifeli Mohd Zin. Ali turut menegaskan, rekod negara di bawah kepemimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sejak 2009 amat baik dengan pelbagai perubahan dan transformasi yang diperkenalkan. Malah, katanya, hubungan Malaysia di peringkat 116 . SASARAN JURNAL KRITIKAN MEDIA antarabangsa juga paling cemerlang ketika ini. “Tetapi, bila apabila lihat di media sosial ada beberapa orang ini mengulangi perkara sama, ada yang mengatakan negara akan bankrap, sebenarnya perkara ini sudah diterangkan Perdana Menteri, mustahil negara akan bankrap. “Mustahil juga jika setiap kali Perdana Menteri mengadakan lawatan keluar negara kononnya akan jual negara, masa ke China kata benda sama, begitu juga Arab Saudi dan terbaru lawatan Perdana Menteri ke Amerika Syarikat,” katanya. Sementara itu, beliau berkata, maklumat kerajaan yang diurus menggunakan medium siber perlu dikendalikan mengikut prosedur dan tatacara ditetapkan bagi mengelakkan sebarang kejadian kebocoran atau ketirisan maklumat kerajaan. Berikutan itu, katanya pelaksanaan program ini adalah salah satu tindakan penting untuk dilaksanakan segera. “Semua penjawat awam, sama ada dari kumpulan sokongan atau pengurusan atasan kementerian dan jabatan perlu dididik mengenai kaedah dan tatacara pengendalian maklumat digital yang betul serta kesan negatif yang mungkin akan timbul akibat kecuaian dalam pengendalian maklumat itu,” katanya.