SAMPLE KARYA MINDA KREATIF EDISI 5 | Page 9

ULASAN KARANGAN TERBAIK “ SUATU PERCUTIAN YANG TIDAK DAPAT DILUPAKAN ” KARYA SONIA BTE HARIS WIJESOORIYA DALAM PERADUAN MENULIS KARYA MINDA KREATIF ANJURAN EDN 2018
Susunan Roslie Sidik
Kesemua 17 buah karya ( Peringkat Primari 3 dan 4 ) dalam buku ini memenuhi ciriciri penulisan kreatif termasuk binaan plot , teknik plot dan gaya bahasa . Untuk peringkat Primari 3 dan 4 , karya kreatif yang terbaik bertajuk ‘ Suatu percutian yang tidak dapat dilupakan ’ telah berjaya dihasilkan oleh Sonia Bte Haris Wijesooriya dari Sekolah Rendah CHIJ Our Lady Of the Nativity .
Karya-karya ini memaparkan segala aspek yang dimaksudkan . Penulis telah berjaya memenuhi kesemua ciri cereka yang harus ada dalam sesebuah cereka . Di samping itu , binaan plot serta teknik plotnya kemas dan berkesan . Gaya bahasa yang digunakan berjaya memukau pembaca , menjadikan cereka ini tidak bosan untuk dinikmati kerana kesegaran bahasanya , lebih-lebih ditulis atau dihasilkan oleh murid sekolah rendah . Di sini dinyatakan akan kesemua ciri yang dipenuhi itu satu persatu .
1 . TEMA / PERSOALAN : Kematian itu satu takdir yang tidak dapat diduga dan boleh berlaku di mana-mana .
2 . WATAK : Penulis menjadi pencerita . Watak Datuk dan Ibu saudara yang bercuti ke India .
3 . LATAR : ( i ) Latar Tempat : Sebuah kampung , Kumbakonan di Chennai , India
( ii ) Latar Masa : Beberapa tahun selepas kematian Datuk .
4 . BINAAN PLOT : Permulaan – Penulis menggunakan teknik imbas balik untuk menyusun plotnya .
Peleraian – Safwan hanya insaf setelah dia sedar dia akan kehilangan ibunya .
EDN MEDIA PTE LTD – KARYA MINDA KREATIF 2018 4