SAMPLE KARYA MINDA KREATIF EDISI 5 | Page 7

SUATU PERCUTIAN YANG TIDAK DAPAT DILUPAKAN

Oleh Sonia Bte Haris Wijesooriya CHIJ Our Lady of The Nativity
Ibu saudara saya sedang menonton televisyen di ruang tamu . Berita hari itu turut melaporkan sebuah kemalangan yang melibatkan seorang warga Singapura di Melbourne , Australia . Berita itu mengimbaskan kembali peristiwa sama yang pernah dilaluinya semasa bercuti ke India beberapa tahun yang lalu .
Waktu itu musim cuti sekolah . Ibu saudara saya berasa besar hati kerana datuk bercadang membawanya bercuti ke India . Datuk berasal dari India tetapi menjadi warga Singapura pada lewat tahun enam puluhan . Datuk mempunyai sebuah rumah kampung di sana dan berharap kami semua dapat menziarahi rumahnya pada masa lapang kami . Mereka menaiki pesawat ‘ Singapore Airlines ’ ke Chennai dan disambut oleh salah seorang saudara datuk yang kebetulannya adalah seorang pemandu kereta . Dialah yang akan membawa mereka ke kampung datuk di Tiruvarur , India .
Perjalanan ke kampung datuk mengambil masa lebih kurang tujuh jam . Jalan raya di Chennai penuh sesak dan kekurangan lampu isyarat . Ini menyebabkan ramai pejalan kaki melintas jalan sesuka hati mereka . Seringkali kemalangan berlaku disebabkan oleh masalah ini . Untuk mengelakkan kesesakkan jalan raya , pemandu datuk memutuskan untuk melalui laluan yang lebih kecil berbanding dengan jalan besar untuk ke kampung . Selepas lima jam memandu , mereka sampai ke sebuah kampung yang bernama Kumbakonam . Pada waktu itu , pemandu hendak beralih dari laluan di tengah ke laluan jalan raya di kiri . Semasa pemandu kereta itu hendak beralih ke arah kiri , tiba-tiba ada sebuah bas dari sudut kanan memecut laju terus ke arah mereka dan melanggar kereta mereka dari belakang .
Orang kampung di Kombakonam mula berkumpul di tempat kejadian setelah melihat kemalangan itu berlaku di hadapan mata mereka . Salah seorang daripada mereka membantu menelefon pihak polis dan ambulans . Datuk , ibu saudara saya dan pemandu kereta itu dikejarkan ke hospital yang berdekatan . Pemandu bas yang melanggar kereta mereka hanya mengalami cedera ringan . Datuk pula disahkan meninggal dunia sejurus beliau tiba di hospital . Ibu saudara pula dirawat kerana muka , badan dan kakinya luka akibat terkena serpihan kaca . Dia masih dalam keadaan terperanjat dan seperti mati akal dengan
EDN MEDIA PTE LTD – KARYA MINDA KREATIF 2018 2