Rumah Buku e-zine vol SEMBILAN | Page 8

Kebebasanku
Siap kata seribu insan untuk kebebsan yang dongeng kedengaran Manusia kepalang kita lawan Demi kebenaran dalam kesamaran
Bukan murah harga kebebasan Dari cikgu boleh jadi gelandangan Kenapa ditakut benda murni Jika itu yang selalu kita impi
Kerana separuh ditutup mata Separuh lagi jadi bisu hendaknya Maka dibiarkanlah kita Dipenjara jauh dari hakikat bebasnya
Nenek moyang lawan demi kebebasan Kita lacurkan demi kepentingan Apa sebenarkanya yang kita impikan Manusia berfikir bukan kambing tepi jalan
Kerana kebebasan dilacurkan Anak cicit tidak kenal erti kehidupan hidup habis ketika jalan Habis ketika tidur di atas ranjang
Oleh : Miskindariah
05