MATI
Sejurus anak anak jua saudara pulang
dari suasana tangis ratap kali terakhir
sembab mata merah untuk sebuah pemergian
maka tinggallah dia
sendirian sendirian bersama soalan
entah barangkali beku memberi sebuah jawapan
di rumah ; masih sunyi
barangkali ada sumbing senyum yang terukir
memanis muka ; ataupun entah
di ceruk tiang tua penjuru rumah
masih lebat tangisnya
barangkali berat ; masih belum mampu kuat
ucapan demi ucapan
usapan demi usapan
doa untuk tabah ; untuk sebuah sabar
40 hari selepas mata bengkak merah
dang sanak berkumpul di meja menuntut wasiat
demi wasiat yang tersiat
Hanahyar
10
04