TANAH KITA
Semilir yang mendayu,
Seperti menceritakan sesuatu,
Sayu.
Bunga yang dulunya mekar,
Pohon yang dulunya rendang,
Tanah yang dulunya subur,
Kini umpama padang jarak padang
tekukur.
Seluas dada alam yang terbentang,
Seluas lautan yang bergenang,
Masih tidak mencukupi buat yang
bernama manusia,
Kerana nafsu serakah tamak haloba,
Segalanya ditarah,
Segalanya dicurah,
Segalanya--
Akhirnya tinggal sejarah.
Dahulu,
Tanah kita agung,
Dahulu,
Tanah kita disanjung.
Nanti,
Apa yang ada untuk diceritakan?
Apa yang masih tinggal untuk ditunjuk-
kan?
Sekeping gambar?
Atau lipatan buku sejarah?
Bahawa dahulunya tanah ini juga
meriah,
Dengan warna-warni bunga,
Dengan kehijauan pohon rendang,
Dan tanah yang subur.
Tanah kita,
Warisan kita,
Jangan biarkan kerakusan dunia,
Meratah tanpa belas kasihan,
Tanah yang bakal diwariskan,
Akhirnya tinggal kenangan.
28082017
Wanda Alwani .....
Telegram.me/penaberduri
Kini,
Yang tinggal hanya cebisan kehijauan,
Buat tatapan anak warisan,
Sebelum akhirnya dimamah kerakusan.
08
02