Awan
Hidup penuh gaya terbang ke sana sini. Lautan bukan sempadan
dan burung-burung peneman perjalanan. Siang malam di kokpit
berteman awan biru, langit gelap, kilat menyambar, ribut memutar.
Namun semua tetap aku redah kerana kecintaan pada dunia di
atas awan.
Semua terlihat kecil saat mata tertumpu ke bawah. Umpama aku
yang paling besar dan berkuasa, tapi jauh di sudut hati masih aku
merindu mereka yang di bawah. Kerana di situ aku bermula, di situ
aku lahir, di situ aku berusaha berlari sehingga aku terbang di
awan.
Walau sejauh mana aku terbang tetap aku akan mendarat. Di
darat cintaku berlabuh.
-Shaa-
01
02