EditOr bercakap . . .
Salam Sejahtera buat kamu dan keluarga kamu, semoga sentiasa didalam lindungan Tuhan.
Monolog kembara.
Monolog berasal dari bahasa Yunani yang terdiri dari mono artinya satu dan legein
artinya berbicara. Jadi monolog artinya satu orang yang berbicara. Hanya satu
orang yang menentukan pokok pembicaraan dan yang lainnya diam saja.
(sumber wikipedia)
|syuQ tOne|
04082017
yangon
Kembara didefinasikan sebagai satu perjalanan yang mengujakan atau pelik; ia
juga boleh juga menjadi aktiviti yang mempunyai hasil yang tidak pasti. Istilah ini
selalunya merujuk kepada aktiviti yang mempunyai cabaran fizikal seperti mendaki
gunung, terjun udara atau menyertai sukan lasak. Istilah ini juga secara luas merujuk
kepada mana-mana situasi yang tegang dengan risiko fizikal atau kewangan
seperti usahasama perniagaan, konflik cinta, atau cabaran hidup yang lain.
(sumber wikipedia)
Berdasarkan definasi di atas dapatlah disimpulkan Monolog kembara adalah
penceritaan pengalaman atau imaginasi seseorang pada satu proses perjalanan
yang lebih luas pengertiannya. Secara sendirian dan penuh penghayatan.
Terima kasih tidak terhingga buat mereka yang mahu mencabar diri menyumbang
karya untuk e-zine vol.8 kali ini.
Nampaknya karya berbentuk penulisan cerita pendek kurang mendapat
sambutan. Namun saya akan terus cuba memberi dan menyediakan ruang untuk
cerita-cerita pendek dalam e-zine akan datang.
#mencabardiri
p/s: mohon viralkan ya setiap edisi e-zine dari RB ini adalah PERCUMA :)
01