OH! RATTUS (2)
Kesunyian semalam terubat. Aku nampak kau bersama teman baru. Tenang berjalan seperti
sepasang kekasih. Tidak menghiraukan manusia di sekeliling. kadang-kala teman kau di
hadapan dan kau mengekor kegirangan.
Indahnya petang kau hari ini. Aku tumpang gembira. Aku harap kau berhati-hati, pasti ada
manusia yang iri hati nanti melihat kegembiraan yang kau kecapi. Manusia itu punya
pelbagai emosi kompleks. Mereka hanya mahu mendengar apa yang mereka mahu
sahaja. Melihat apa yang mereka rasakan indah sahaja. Menghina sesuka hati jika mereka
selesa di atas timbunan helaian kertas bercetak dengan nombor-nombor yang kau tidak
hiraukan.
Aku cemburukan kau.
46