SYG
tutur indah tenang
tersimpul dalam senyuman
jauh kasih sayang
kau tetap dalam ingatan
sujud kasih syukur
airmata tidak berhenti
kau sentiasa tegur
agar aku olah mengerti
penuh kantung kasih
diikat dengan rotan
jenuh jauh berkasih
ku genggam janji semalam
pelangi berseri selepas hujan
muncul sinar hapus kelam
apa lagi aku inginkan
kau anugerah dari tuhan
11052017
32