RONGGA
di saat ini
Seperti ada paluan
Beralun mengikut irama
Menerjah dinding-dinding
antara dada dan pelvis
bagaimana rasanya mereka yang kekeringan
aku sendiri tidak faham
bagaimana pepsinogen menjadi pepsin
kerana adanya asid hidroklorik
terhasil dalam wilayah rongga pencernaan kamu
jika kamu kekeringan wahai makhluk tuhan paling indah
aku memang tidak akan pernah faham.
26122016
yangon.
8