Rumah Buku e-zine VOL DUA BELAS | Page 10

SIAR KAKI di siar kaki ini aku terserempak dengan kamu senyum tawa riang bercanda bersama teman-teman berjalan beriringan berbekalkan senyuman manis kamu berjaya menarik perhatian menjadi pendengar setia dan memberi rasa sekadar berita senang sekali kamu di siar kaki ini senyuman kamu menarik aura tenang di sekeliling memberi kesenangan rasa pada yang berbicara biar siar kaki jadi saksi bahawa senyuman kamu pernah menjadi penawar bisa buat teman-teman menumpang kasih. Dec.2016 4