| Berita RB
Salam, Pada 23 April yang lalu merupakan detik bersejarah dalam komuniti Rumah buku( RB) dan Aku Orang Seni( AOS) dimana julung kali satu perjumpaan telah diatur untuk mengeratkan ukhuwah dan saling bertukar-tukar pandangan. Semoga aktiviti seperti ini dapat dihadiri lebih ramai lagi ahli-ahli RB dan AOS. Laporan perjumpaan adalah seperti berikut:-
Kehadiran;
Zaki( presiden PERUPA), Anis( gadisbuku), Tyra, Afaf, Ashita Zai, Zara, Atikah, Qalbie, Ana, Shoffie, Megat, Firdaus, Syahid, Ali, Azri, Suami zai( lupe nama).( 17 orang)
-Program dimulakan dengan slot Zaki, pendedahan dan pengenalan tentang Perupa Malaysia. Alhamdulillah, so far feed back dari peserta sangat baik. Depa duk kata banyak info yg zaki share tu menambah pengetahuan mereka tentang PeRUPA.
-zaki ucap terima kasih sebab sudi jemput dia datang program. Dia kata satu usaha yg bagus RB dan Aos patut digabung bwh satu branding untuk diperluaskan.
-slot seterusnya, review tentang buku. Shoffi share buku Zurinnah Hassan( cerita dalam cerita) dan satu lagi buku( lupe tajuk). Menurut shoffie, buku tu ade puisi-puisi yg sangat mendalam dan ditulis dengan santai.
-seterusnya aku bawak buku Laki Garden( fazleena Hishamuddin) dan puisi tepi jalan( fynn jamal). Sangat bermakna sebab puisi dan cerita mengembangkan sebuah idea yg simple.
-slot bedah karya. Puisi pilihan adalah puisi Tunggu dari Karl Agan.
-shoffie dan Ashita memberi respon dan pandangan mereka tentang puisi tersebut. Aku dan afaf juga mengutarakan pandangan masing-masing. Kami bertukar-tukar sudut pandangan sepanjang proses ini berlangsung. Kesimpulan, Aku huraikan bagaimana sebuah puisi itu dibaca untuk faham isinya.
-slot seterusnya, interpretasi lagu. Aku pilih lagu Ranjang Mawar, wings. Shoffie, ashita dan afaf memberi respon aktif dengan mengutarakan pandangan masing-masing. Sudut pandangan mereka hampir sama.
Kesimpulannnya, aku‘ boom’ kan dengan bawa mereka masuk ke dalam sudut pandangan yang jauh berbeza. Alhamdulillah mereka turut nampak apa yang aku nampak dan semua mengucapkan terima kasih sebab buka sudut pandangan yg jauh berbeza.
-untuk sesi soal jawab. Shoffie bertanyakan tentang waktu-waktu sukar untuk berkarya dan bagaimana jika kematian idea. Dalam sesi ini, Anis( gadisbuku) dan megat( penulis baru) berkongsi pengalaman dan pendapat mereka tentang soalan shoffie. Alhamdulillah smuanya berjalan lancar.
-Akhir, penyampaian cenderahati untuk peserta aktif. Kami pilih ashita dan shoffie. Dan smua peserta dapat zine percuma sebagai penghargaan menyertai program.
-beberapa hari ini, dapat‘ feedback’ yang sangat positif daripada semua yang terlibat. Masing-masing‘ pm’ minta dibuat lagi program sepertinya kerana banyak ilmu dan pengalaman baru yang diperoleh.
-Aku bersemangat untuk teruskan usaha ini walau kena berulang alik dari jauh. Sangat teruja dengan kesungguhan ahli-ahli RB dan AOS. Serius terharu smpai tak terasa airmata mengalir( tyra hati tisu: p hahaha).
-InshaaAllah di masa akan datang, kita akan cuba buat program by zone. Utara, selatan, timur, barat. Semoga dipermudahkan. Aamiin.
Lots of love, Tyra A. R
33