Rumah Buku e-zine Rumah buku Vol 6 | Page 28

|monolog Skrin komputer riba ditenung lama. Ada sesuatu yang menganggu jiwa tatkala pandangan dihidang dengan pelbagai gaya si niqabis. Satu trend yang semakin menular. Jika sepuluh tahun yang lalu, amat sukar untuk melihat seorang niqabis di mana-mana. Namun kini, sesuai dengan peredaran zaman, si niqabis muncul bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Mulanya mahu menadah syukur kerana semakin ramai muslimah sedar akan hakikat menutup aurat. Tapi hasrat terpaksa dimatikan apabila sikap dan akhlak sesetengah niqabis ini tidak dihijab bersama Bukan mahu menyalahkan sesiapa malah jauh sekali mahu menilai dan menghukum. Cuma di sini hadir sedikit kesedaran dalam diri hamba hina ini untuk berkongsi pandangan. Wanita solehah itu adalah yang tidak memandang dan tidak dipandang. Alangkah indahnya jika yang bertutup itu terus ditutup agar tidak menjadi santapan mata liar di luar sana. Betulkan niat bila mahu menyarung pakaian sunnah. Buat demi redha DIA, bukan untuk dapatkan perhatian dia. Dah elok bertutup, simpan. Jangan tayang merata. Biarlah menjadi rahsia dan tanda tanya mereka di luar sana. Bukankah itu lebih indah. Apabila mula menyarung pakaian sunnah, sarungkan bersama akhlak yang indah agar yang melihat bisa disapa hidayah dengan izin Allah. Tajdid niat dalam segala apa yang hendak dilakukan agar tidak timbul riak di dalam hati. Sejahat-jahat manusia adalah yang merasakan dirinya sudah cukup baik. Jangan sampai kita berada dalam golongan yang sebegitu. Paling penting adalah sentiasa mahu memperbaiki diri. Sebesar-besar dosa hamba, besar lagi pengampunan DIA. Tuntasnya di sini, apabila berhasrat untuk berbuat baik, buatlah kerana Allah. Bukan untuk dapat beribu like dan berjuta followers. Semakin gigih kita mahu mendekati-Nya, semakin hebat ujian yang kita akan dapat. Dan ingatlah bahawaujian itu dalam pelbagai rupa. Tidak semata susah, tidak semata kecewa. Dalam senang dan tawa juga sebuah ujian. Ujian dari Allah untuk melihat bagaimana kita mensyukuri nikmatnya. Sekian. Yang baik itu dari Allah dan segala kekurangan sudah pasti daripada kekhilafan diri hamba hina ini. TAJDID (PencintaSenja) 26