|puisi
MUSANG BERJANGGUT KAMBING
(pencintasenja)
Aku tertarik dulu,
Pada serban yang melilit di kepalamu,
Pada jubah putih yang kau sarung selalu,
Pada capal yang menjadi alas kakimu,
Walau wajah biasa biasa sahaja,
Bukan berseri seri macam Pak Imam Arab
Tetap hati perempuanku berdetik,
“Inilah bakal imamku.”
Melonjak jiwa tatkala salam kenal dihulur,
Apalah perempuan seperti aku harap lagi,
Bila ada lelaki berperwatakan sedemikian,
Sudi beramah mesra dan bersua sapa,
Aku sambut mendepang,
Aku hamparkan padang,
Dek kerana tangan dan nyiruku kecil saja,
Entah apa yang Tuhan aturkan,
Aku hanya mampu mendoa,
Disepertiga malam khalwat-ku bersama Tuhan,
Memberi aku petunjuk satu persatu,
Rupanya engkau cuma bertopengkan warak,
Dalam diam sana sini muslimah kau cuba,
Pantang ternampak yang berjubah berpurdah,
Dasar buaya penunggang agama,
Memalukan pakaian sunnah yang dibawa,
Akhirnya engkau ku tinggalkan tanpa kata,
Syukur Tuhan tunjuk semua,
Baru ku tahu air manimu bersepah di dinding jua.
Bermulalah episod cinta insani yang kita reka,
Konon mahu bersama hingga syurga,
Aku yang naif menurut saja,
Kerana bagiku ilmu agama engkau jauh tinggi,
Jika nak dibanding dengan aku ini.
Sepurnama dua menyulam cinta,
Kita kata mahu akhiri di pelaminan,
Dengan bersaksikan keluarga dan taulan,
Tangan tok kadi bakal kau salam,
Aku menganyam pelbagai rencana,
Pastinya aku mahu bahagia,
Di dunia apatah lagi di akhirat sana,
Dikumpul bersama penghuni syurga,
Kerana fikirku engkaulah pembimbing yang dicari,
Walau hatiku masih belum peroleh ketenangan hakiki.
16