Rumah Buku e-zine Rumah buku Vol 6 | Page 16

|puisi Agama Bukan Taruhan Tuhan lihatlah dia dengan topeng tersarung di pipi Lagaknya bak para Sufi nan agung AgamaMu dipertaruhkan tanpa difikiri Dalam menutup kebatilannya yang menggunung Walhal dia mabuk dan ekstase sendiri Kau terlihat celik namun buta Kau seolah bisu walau punya suara Manusia tungganganmu sumbang semata Kerana hatimu penuh lumpur dosa Terpalit dek keangkuhanmu yang nyata Barangkali kau lupa Terkadang kemarau tak membuat tanah kering kontang Tangisan langit yang menggila juga tak membawa prahara Panas di Sahara juga tak mampu membunuh untuk sepetang Bekunya timbunan salji juga tak meragut nyawa Gempita suara itu menggegar jiwa insan Lalu kau mendongak ke langit suara itu kian nyaring kedengaran Kembalilah ke jalan Tuhanmu yang tanpa sempadan Di situ tersimpan sejuta keampunan Maka mengalir kini tangisan keinsafan Afaf Salleh March 15 Kuala Lumpur 14