Rumah Buku e-zine Rumah buku Vol 6 | Page 10

|puisi Pemimpin Engkau diagung gahkan mereka langsung dihormat dimata dunia petah berbicara segala tonggak diletak dibahumu silap sedikit pasti hukum menantimu menjadimu adalah sebesar tanggungjawab bukan mahu terlihat berkuasa bukan patut engkau gilakan kuasa dunia hal hal yang langsung tak berkait denganmu dilepas begitu sahaja orang bawah ditindas tanpa bela orang atasan makan gaji buta lalu yang kaya makin gilakan dunia yang miskin dihina hina adakah menjadimu seperti itu ? Dari setitis jadilah ia, Melihat dunia pancaroba, Menangis, Ketawa, Terluka, Itulah kamu.. Terima lah hakikatnya, Dunia ini seketika, Tiada dan tiada.. Hanya ia yang berkuasa. -MrAndalas berat pandangilah betapa beratnya tugas engkau di dunia bolehlah kau sembunyi segalanya diakhirat nanti mahukah kau jawab semua ? yang tertindas yang terhukum lalu yang mati dan kehilangan siapakah engkau pada mereka ? atau siapakah mereka pada engkau rakyatmu atau musuh ? hanahyar 08