Rumah Buku e-zine Rumah Buku - vol 1 | Page 3

editOr bercakap...

| syuQ tOne | 30102016 yangon
Salam Sejahtera buat kamu dan keluarga kamu, semoga sentiasa didalam lindungan Tuhan.
Sebenarnya macam tak layak guna perkataan editor tu, cuma disebabkan e-zine( majalah eletronik) ni ideanya datang dari aku, jadi aku lantik diri sendiri sebagai editor, perekabentuk layout dan suka-suka hati ' reject ' karya orang. hiuhiuhiu.( moga pada masa akan datang ada sukarelawan cun membantu)
Disebabkan ini e-zine pertama, jadi aku rasa eloklah aku cerita kenapa ' rumah buku '. Idea rumah buku ini agak besar bila aku bersama Fandy Taher bercerita tentang bulan dan bintang dilangit sambil makan curly fries di A & W Petaling Jaya. Isi kandungan cerita tu nantilah aku cerita, takut tak cukup muka surat nie.
Jadi dengan rakusnya aku melihat ramai yang suka berkarya, sama ada pembaca suka atau tidak terpulang. Ramai juga suka menulis sesuatu, melahirkan sesuatu dari perasaan sendiri, mengulas sesuatu yang disukai dan bermacam-macam lagi.
Aku rasa semacam rugi jika apa yang mereka( penulis) tulis tidak dikongsi bersamasama dengan yang lain secara berjemaah. Dari idea rumah buku maka terjadilah e-zine rumah buku yang boleh didapati secara percuma. Aku pernah terfikir berapa lama ia boleh bertahan? mungkin selagi ada yang mahu berkongsi penulisan, ada pembacanya tersendiri, dan selagi aku rajin hehehe.
Buat masa ini aku hanya beri tajuk semacam tugasan seperti sajak ' galau ' yang mesti dipetik dari perkataan tersebut dan 100 patah perkataan untuk menguji kemahiran membuat karangan secara bebas dalam lingkungan 100 patah perkataan. Jangan terkejut ya! ramai yang gagal memenuhi kehendak aku, rasa nak marah tapi sayang hahaha.
Anda amat digalakkan menyertai ruangan sembang di aplikasi telegram https:// telegram. me / rumahbuku
sebarang pertanyaan boleh hubungi editor di @ syuq1( aplikasi telegram).
p / s: print dan edar kat kawan-kawan ikut suka:)
01