RISALAH AN-NUR ISU APRIL 2014/15

Risalah An-Nur PERUBATAN CAWANGAN TANTA (PCT) 2014/15[Year] B MATA NAN TERISTIMEWA Pap! Bekalan elektrik terputus,kiri dan kanan kita gelap gelita,berhati hati kita melangkah ,destinasi kita cuma satu,iaitu untuk mencari sumber cahaya..kerana apa?kerana mata kita tidak berfungsi tanpa cahaya. Mata ialah objek paling sensitif pada badan kita.Dalam retina sahaja ada 126 juta sel peka cahaya dan 1.2 juta urat saraf yang menyambung mata kepada otak yang menjadi tempat kita berfikir.Kira kira 4/5 maklumat yang diterima oleh otak adalah daripada mata.Bayangkan jika ALLAH caj satu sen satu saat,pasti kita buta kerana tidak mampu untuk membayar. Charles Darwin juga mengakui akan kehebatan organ ini.Dia pernah menyebut mata adalah salah satu daripada cabaran terbesar kepada teori dangkalnya. Sehingga ke hari ini,jantung tiruan yang mampu berdegup sudah dicipta,namun belum ada mata tiruan yang boleh melihat seperti mata yang ALLAH ciptakan. Kita sebagai pelajar perubatan yang mengkaji kebesaran ILLAHI,seharusnya menemui nilai kebesaran itu. Prof .Dr Muhaya juga ada menyeru “Jadikanlah pelajaran perubatan ini satu jihad & satu dalil kebesaran Tuhan.” Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun & Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan PENGLIHATAN serta hati supaya kamu bersyukur.(surah an –nahl 16 :78) Page 3 ‘MUSLIM SEJATI GENERASI RABBANI’