PROGRAM PECUTAN GEMILANG SMK SERI
LALANG 2013
Pada 1 oktober 2013 yang lalu, Persatuan Kejuruteraan Awam (PEKA), Universiti Teknologi Malaysia
dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Lalang telah
mengadakan Program Pecutan Gemilang SMK Seri
Lalang. Program ini bertempat di Dewan Seri
Merbau, Kolej Tun Hussein Onn, UTM. Program ini
juga telah dilaksanakan dengan jayanya selama empat
hari bermula dari 1 oktober sehingga 4 oktober 2013
yang disertai oleh seramai 120 orang pelajar tingkatan 5 dari sekolah tersebut. Objektif program ini
termasuklah membantu pelajar menguasai matapelajaran sains tulen dan Kemanusiaan dalam peperiksaan
SPM 2013 selain melahirkan pelajar SMK Seri Lalang
yang mempunyai prestasi cemerlang dalam peperiksaan. Selain itu juga, program ini juga berharap dapat
membentuk pelajar yang mempunyai daya juang dan
motivasi yang tinggi untuk ke menara gading.
Program ini adalah berbentuk latih tubi tundingan sebagai persiapan terakhir para pelajar sebelum
menduduki peperiksaan selain menjaga hubungan baik
antara PEKA dan warga SMK Seri Lalang. Antara
subjek yang ditekankan termasuklah Kimia, Biologi,
Matematik Tambahan, Sains tulen, perdagangan dan
Fasilitator– fasilitator yang terlibat dalam program pecutan
gemilang SPM 2013
uga prinsip perakauan. Para pelajar dibahagikan kepada
beberapa kumpulan yang teridiri daripada 10 orang
pelajar supaya pembelajaran dalam kumpulan lebih
efektif.
Pada hari pertama, latih tubi mereka tertumpu
kepada subjek Fizik, Perakaunan dan Perdagangan.
Pembahagian kumpulan dilakukan mengikut kelas dan
target yang telah ditentukan oleh guru SMK Seri Lalang
itu sendiri. Pada hari kedua, latih tubi mereka terdiri
daripada subjek matematik tambahan dan sejarah. Latih
tubi matapelajarn kimia dan Sains pula diadakan pada
keesokan harinya. Matapelajaran kimia ditekankan
kepada pelajar dari kelas 5A. Lati tubi mereka dijalankan di salah satu kelas di fakulti Kejuruteraan awam.
Matapelajaran Sains lebih tertumpu kepada tiga kelas
yang lain. Latih tubi matapelajaran Biologi dan Bahasa
Melayu diteruskan pada hari terakhir.
Program ini diharap dapat memberi manfaat
kepada para pelajar agar mereka lebih bersedia dan
mempunyai keyakinan yang tinggi dalam menghadapi
peperiksaan SPM 2013. :)
PROGRAM BERSAMA PELAJAR TINGKATAN 3 SMK SERI LALANG
Pada (
) Persatuan Kejuruteraan Awam (PEKA) telah dijemput oleh pihak SMK Seri Lalang
untuk menjadi fasilitator bagi Program Bersama Fasilitator pelajar
Tingkatan 3. Program ini bertujuan
untuk member dorongan serta membantu
para pelajar dalam pembelajaran. Para fasilitaor diminta untuk membantu pelajar menyelesaikan masalah yang diberikan. Antara
aktiviti lain termasuklah latihan dalam kumpulan yang mana mereka diminta untuk mem-