DELEGASI KEILMUAN PERSADA PERPADUAN KE
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
Delegasi Keilmuan Persada Perpaduan Ke
Universiti Malaysia Pahang, UMP adalah
merupakan salah satu aktiviti tahunan yang sering
diadakan oleh Persatuan Kejuruteraan Awam
(PEKA). Program ini bermula apabila Universiti
Utara Malaysia(UUM) telah mengadakan lawatan
mereka buat pertama kalinya pada tahun 2003.
Dengan itu, kami mengambil inisiatif ini untuk
merapatkan lagi hubungan silaturahim bersama
mahasiswa/ universiti lain.
Secara amnya, program ini adalah untuk
mendedahkan kepada mahasiswa UTM mengenai
kehidupan kampus di UMP di samping memberi
peluang kepada mereka untuk mengeratkan lagi
tali persaudaraan antara satu sama lain, selain
dapat bertukar-tukar pendapat melalui aktiviti
yang dijalankan sepanjang program ini.
Matlamat utama program ini
dijalankan ialah untuk
merapatkan tali persaudaraan
sesama mahasiswa IPT. Selain
itu, mahasiswa juga dapat
mempelajari serta berkongsi
pengalaman
tentang
kehidupan kampus IPT yang
berlainan dan juga untuk pihak itu sendiri. Di
samping itu, lawatan muhibbah ini secara tidak
langsung dapat mengasah lagi idea dan
pemikiran mahasiswa IPT sekiranya mereka
melihat sesuatu kelainan yang ada pada IPTA
lain yang mungkin tidak dimiliki di universiti
mereka sendiri.
Objektif :
Memperkayakan pengetahuan ahli delegasi ke
UTM terhadap budaya warga UMP.
Mendedahkan ahli exco dalam komunikasi
bersama golongan atasan supaya mereka lebih
bersedia menghadapi dunia korporat di alam
pekerjaan nanti.
Mempromosikan keunggulan PEKA UTM
terhadap warga UMP.
Menambahbaikkan sistem PEKA UTM dengan
mengambil contoh-contoh baik Persatuan
Kejuruteraan Awam di UMP.
Memupuk sifat kerjasama diantara ahli exco
global supaya lebih bersatu padu dalam
membuat sebarang keputusan.