GLOBAL LEADERSHIP CAMP:
MAHASARAKHAM UNIVERSITY THAILAND
Program “Global Leadership Camp” ini merupakan jemputan dan anjuran oleh universiti ternama di Thailand iaitu Mahasarakham
University. 10 mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia, (UTM) telah terpilih dalam mewakili UTM dan membawa nama UTM
sekaligus nama Malaysia di mata dunia. Dua daripada wakil UTM yang terpilih adalah Nassmin Amanda binti Mohd Norazam,
Presiden PEKA 2013 dan Nur Syuhada Jani, Timbalan Presiden 2 PEKA 2013 dan selebihnya wakil dari Majlis Perwakilan
Pelajar UTM dan juga pelajar Excellence Track Programme. Ini merupakan pencapaian yang bagus bagi Persatuan Kejuruteraan
Awam.
Program ini melibatkan peserta seantero dunia, iaitu dari Afrika, Amerika Syarikat, Korea Selatan, Taiwan, China, India,
Pakistan, Myanmar, Kemboja, dan Malaysia. Program ini telah berlangsung pada 24 Jun 2013 sehingga 4 Julai 2013. Antara
aktiviti adalah kelas Bahasa Thailand, perkongsian budaya Negara masing-masing, servis komuniti di sekolah rendah
Mahasarakham, persembahan teater cerita dongeng seluruh dunia,
meneroka hutan biodiversity di Thailand dan snorkeling di Pulau Pattaya.
Aktiviti yang cukup padat dan menarik ini diluar jangkaan semua peserta
dimana peserta diajar cara menyampaikan Folk Story Telling , mencari
ayam Belanda di dalam hutan dan membuat peralatan tradisional seperti
penyapu dan tikar.
Program ini merupakan momen indah bagi setiap peserta. Peserta dapat
menambah kenalan seluruh dunia dan mempromosi negara masing-masing.
Warna kulit , bangsa, agama, kaum tidak menjadi batu penghalang kepada
peserta untuk saling bertukar cerita dan bekerjasama sepanjang kem. Malahan, pengalaman ini mengajar peserta untuk
menerima perbezaan masing-masing dan menghayati budaya seluruh
dunia.