@Pancing October 2020 | Page 7

Lokasi pancingan Eron di hujung poin Borneo .
( Kiri ) Ibu Gelama atau dikenali di sini sebagai " Eron " seberat 14.2kg . Tangkapan peribadi terbaik saya dengan jig !
( Bawah ) Close-up jig 60gram dengan menggunakan assist hook saiz 3 / 0 .

INFO SPESIES

Ibu Gelama di dalam artikel ini lebih dikenali sebagai “ Eron ” di Sarawak . Jika di Australia ia dipanggil " Mulloway ". Nama saintifiknya Argyrosomus japonicus ( gambar atas ).
Ada satu lagi ikan yang seakan sama yang dipanggil “ Terusan ” di Sarawak , jika di Australia ia dinamakan Black Jewfish , Protonibea diacanthus ( gambar bawah ).
Kunci perbezaan utama kedua-dua spesies ini , selain dari profil mulutnya , adalah bentuk ekor , Mulloway ekornya tegak , manakala Black Jewfish , ekornya berbucu ( terkeluar ) dengan jelas membentuk ‘ diamond ’ di bahagian tengahnya .

INFO ERON TG . DATU

Ikan Eron atau Ibu Gelama di Tanjung Datu ini bukanlah sentiasa ada di satu-satu kawasan . Ia ialah ikan yang bermusim dan dikatakan ia akan melalui alur dari Indonesia ke Tanjung Datu dan sekitar Satang . Jika musimnya berlanjutan dalam 2-4 bulan , ramai pemancing akan dapat menaikkan saiz yang kasar-kasar . Kalau luar musim agak jarang bertemu spesies Ibu Gelama ini , hanya GT dan Sagai yang lebih aktif .
Ikan ini berkumpulan dan ia mengemari kawasan cetek antara 15- 20 meter sahaja . Selalunya satu bot boleh dapat banyak bilangannya dengan syarat jangan terlepas atau terputus , akibatnya ikan yang terlepas itu akan membawa lari kawanannya ke tempat lain .
Paling seronok adalah Ibu Gelama di sini sudi akan unjunan jig !
Ikan Ketarap yang turut tergoda dengan lenggokan jig milik Wellistera .
Double strike GT dengan jig .
Saiz Sagai yang seronok dilayan dengan menggunakan set-up light jigging pada kedalaman lebih 20 meter .
@ pancing • Oktober 2020 • 07