@Pancing October 2020 | Page 6

Ikan Cermin juga ada di sekitar perairan Tanjung Datu ini . Bandang ini cukup kuat tarikannya .

Lokasi pancingan yang merealisasikan tangkapan spesies ikan Ibu Gelama dengan jig pastinya amat menakjubkan lebih-lebih lagi di perairan yang istimewa di Sarawak – lokasi paling hujung di Borneo !

“ WHERE BORNEO BEGINS ” ini merujuk kepada kawasan permulaan bagi Pulau Borneo . Tanjung Datu dikenali dengan keindahan flora dan fauna yang terletak di daerah Lundu , Sarawak . Ia merupakan di penghujung sempadan Malaysia dan Indonesia .
Perjalanan menggunakan kereta mengambil masa lebih kurang 1 jam 45 minit iaitu dalam 100km dari bandaraya Kuching menuju ke Kampung Pugu di mana kami akan menggunakan perkhidmatan bot milik rakan kami . Dengan menggunakan bot dengan enjin 200hp , kami mengambil masa cuma selama 45 minit menuju ke destinasi .
Trip ke Tanjung Datu ini telah disertai oleh Wellistera , Julian , Gab dan saya sendiri . Kami semua setuju untuk fokus kepada teknik light jigging dan gewang vibe . Menurut tekong Rabiel , ikan sasaran ialah GT , Sagai dan Ibu Gelama . Menurut beliau , rekod GT dan Ibu Gelama @ Eron di sini adalah lebih 20kg dengan jig saiz 60 ke 100gram !
TELUK MELANO
Teluk Melano merupakan kawasan perkampungan yang kini cukup popular di kalangan
Bandang yang sudi menerkam jig !
06 • Oktober 2020 • @ pancing