@Pancing October 2020 | Page 39

Satu Kejayaan Di Sabah !
Ini adalah cerita lama yang menjadi inspirasi masa kini . Dunia ketika itu baru menjejak millennium . Saya amat teruja memasuki alaf baru dengan semangat yang positif .
“ Satu lagi kunci kejayaan program ini ialah nilai-nilai murni yang telah diterapkan dalam masyarakat kampung sejak zaman berzaman . “ Ambil hanya yang perlu sahaja ” untuk “ menjaga sumber semulajadi yang amat bernilai ”.”

@ Dunia Kelah

Program Tagal

Satu Kejayaan Di Sabah !
Ini adalah cerita lama yang menjadi inspirasi masa kini . Dunia ketika itu baru menjejak millennium . Saya amat teruja memasuki alaf baru dengan semangat yang positif .

NAMUN , suasana persekitaran pada

masa itu tidaklah bagus sangat . Jerebu tahunan dari Sumatera dan Kalimantan menjadi semakin kerap dan lama tempohnya . Stok ikan di sungai-sungai pergunungan semakin berkurangan akibat masalah pencemaran dan aktiviti haram tangkapan ikan . Ikan Kelah semakin sukar dijumpai dan apabila wujudnya jalan balak ke sungai , pasti isi sungai tersebut sudahpun kosong …
Di sebaliknya ketika itu , sudah ada pihak yang berusaha untuk menjaga spesies ikan sungai pergunungan . Program-program konservasi untuk Kelah di Sungai Tahan dan Sungai Nenggiri dan untuk Temoleh di Sungai Tembeling . Namun ia tidak berpanjangan kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan .
TAGAL
Pada masa yang sama saya juga mendapat khabar gembira tentang kejayaan Program Tagal Di Sabah . Ketika itu terdapat 120 komuniti di sana melakukan konservasi sungai mereka dengan jayanya !
Lantaran itu , Mr . Jephrin Wong dari Jabatan Perikanan Sabah telah menjemput Mr . C . S . Fong ( Editor Majalah Rod & Line ) untuk satu lawatan di satu kawasan Tagal di Babagon , saya tidak berfikir panjang terus mengikuti !
Apa yang telah saya saksikan di sana sememangnya membuka minda . Beberapa kampung sepanjang Sungai Moyog seperti Kibunut , Notoruss and Babagon telah memastikan tiada sesiapa boleh merosakkan sungai mereka termasuk flora dan fauna di sepanjang tebingnya .
Mereka telah membina pondok-pondok di lubuk-lubuk tertentu dan mengambil giliran untuk menjaganya . Di kawasan memberi makan , ikan diberi makan pellet atau nasi . Selain itu sungai dibiarkan begitu sahaja dengan alam semulajadi membetulkannya , malah ikan juga tidak distok semula .
Apa yang berlaku , ikan-ikan membiak semula dengan banyak . Saya melihat lubuklubuk dipenuhi ratusan ikan Pelian ( Kelah Sabah ). Saiznya tidak besar hanya segelintir melepasi saiz sekilo , namun melihat sesetengah saiz Pelian di bawah jambatan Jabatan Perikanan membuatkan bulu roma saya naik !
Semasa trip tersebut Jephrin meminta bantuan nasihat bagaimana untuk mengurus program sukan memancing untuk kawasan Tagal . Kami berbesar hati membantu beliau termasuk membantu ketua Program Tagal untuk setiap kampung berkenaan logistik , penginapan dan servis pemandu pancing .
Agenda lain pula ialah membantu penduduk kampung mengeluarkan spesies ikan Keli Afrika yang telah menjarah sungai . Koloninya dikatakan telah terlepas masuk ke sungai dari kolam ternak berhampiran ketika banjir . Sebagai spesies pemangsa pastinya ia bakal merosakkan ekosistem sungai .
Pada masa yang sama , kami juga memancing Pelian . Ianya satu pengalaman yang amat berharga kerana pelbagai spesies ikan lain juga dapat dipancing . Ini termasuk ikan Haruan sungai yang kuat melawan dan Tarpon air tawar . Ketika itu baru saya tahu ia wujud di sungai pergunungan yang jauh jaraknya dari laut !
Apapun , kami diberikan info bahawa untuk mengekalkan kejayaan program Tagal ini , Undang-undang Anak Negeri dikuatkuasakan , ia dipanggil “ Sogit ”. Jika tertangkap mencuri khazanah sungai seperti Pelian pada masa itu penaltinya RM600 atau seekor Babi . Dengar khabar masa sekarang adalah RM3000 atau seekor Kerbau !
Jadi komuniti kampung tidak perlu Ranger atau bantuan pihak Polis . Semua penduduk kampung tidak terlepas jika melakukan kesalahan , walaupun dia seorang yang berpengaruh !
Satu lagi kunci kejayaan program ini ialah nilai-nilai murni yang telah diterapkan dalam masyarakat kampung sejak zaman berzaman . “ Ambil hanya yang perlu sahaja ” untuk “ menjaga sumber semulajadi yang amat bernilai ”.
Babagon , Notoruss and Kibunut adalah kampung-kampung yang awal mengimplimentasikan Sistem Tagal , lantas menjadi model contoh . Jephrin dan team beliau telah
Kebanyakan sungai-sungai pergunungan di Sabah sudah di tagal – tahniah !
Aznir Malik aznir107 @ gmail . com
Pelian – Kelah Sabah .
“ Satu lagi kunci kejayaan program ini ialah nilai-nilai murni yang telah diterapkan dalam masyarakat kampung sejak zaman berzaman . “ Ambil hanya yang perlu sahaja ” untuk “ menjaga sumber semulajadi yang amat bernilai ”.”
mengembangkan program ini ke seluruh Sabah dan kini di tahun 2020 , saya diberitakan sudah ada lebih dari 500 kawasan Tagal di Sabah !
SEMENANJUNG
Saya tertanya-tanya , bolehkah program yang sama berjaya di Semenanjung ? Di sini cabarannya sudah tentu berlainan , lantas memerlukan penyelesaian yang tidak sama .
Paling penting program konservasi perlu berpaksikan komuniti jika mahu ia berdiri dengan baik dari segi kewangan ( melainkan jika ada tajaan jutaan ringit !). Namun anda perlukan satu komuniti dengan budaya dan nilai yang bersesuaian dan tidak ada undangundang adat atau masyarakat setempat di Semenanjung .
Satu lagi cara ialah penglibatan atau bawah kuat kuasa Raja atau Sultan , namun masih lagi perlu penglibatan pihak-pihak berwajib tempatan atau negeri untuk memantau kejayaan program seumpama .
Mungkin itu adalah antara pilihan yang boleh saya fikirkan , sementara itu saya amat berharap untuk melihat kejayaan progam Tagal ini di sini . Mungkin satu hari nanti saya boleh ‘ berehat ’ dengan satu senyuman yang puas sekali …— @ Pancing
@ pancing • Oktober 2020 • 39