@Pancing October 2020 | Page 36

LOMBONG AIR KUNING PERAK

@ Lombong

DAVID LIM ( david . fishmaster @ gmail . com )
PB sentiasa menjadi ikan buruan utama saya ketika mengilat .
Kawasan bersamai adalah lokasi produktif untuk mencari PB di lombong .
Topwater seronok dimainkan untuk PB .
Kadang kala ada Toman rempit yang menghiburkan .

Ketagih Peacock Bass

LOMBONG AIR KUNING PERAK

Apabila berbicara tentang Peacock Bass ( PB ), tidak ada lokasi lain yang gah , hanyalah Air Kuning Perak yang telah merealisasikan tangkapan PB yang bagak-bagak belaka .

BANYAK KALI saya merayau mencari Peacock Bass ( PB ) dari selatan ke utara Semenanjung , namun akhirnya saya akan balik semula ke lokasi ini . Bukannya apa , ini kerana saya sudah biasa dan mengenali lubuk-lubuknya . Jadi saya tidak perlu membuang masa mencari dan mencuba lubuk-lubuk yang baru .

Terdapat beberapa buah lombong di sini yang dahulunya sangat produktif dan sentiasa menghasilkan tangkapan melebihi saiz 50cm . Tetapi sekarang kebanyakan lombonglombong di sini ada yang sudah dipagar untuk ternakan ikan dan ada juga yang tidak dapat diakses akibat tertutup atas sebab semulajadi seperti dipenuhi tumbuhan Keladi Bunting .
SET PANCING
Kebiasaan saya menggunakan set pancing berkekuatan 3-6lb dan PE0.5-1 . Pertama , peralatan ringan membuatkan saya tidak letih mengilat sepanjang hari . Kedua , dengan peralatan ringan juga membolehkan saya mengunakan gewang-gewang saiz micro . Maklumlah perangai PB yang semakin culas akibat dari tekanan memancing yang tinggi menyebabkan ia takut gewang bersaiz besar .
Gewang kegemaran saya adalah topwater seperti propeller , pencil dan popper dimainkan di waktu pagi atau ketika air tenang . Gewang lain yang juga saya selalu turunkan adalah minnow selaman cetek untuk dimainkan di celah-celah samai .
Selalunya saya akan sewa bot dan lombong besar akan menjadi medan perjuangan saya kerana saya lebih suka mencuba banyak lokasi dalam satu-satu tempat . Dengan ini , pada saya peluang adalah lebih besar untuk mencari PB saiz idaman .
36 • Oktober 2020 • @ pancing