@Pancing October 2020 | Page 33

PENJELAJAHAN WILAYAH BALKAN DI SLOVENIA
Lihat corak marmar ( marble ) di sebelah atas badannya .
Spesimen hybrid , inilah yang menjadi ancaman kepada spesies asli Marble Trout .

Pancing Layang Marble Trout

PENJELAJAHAN WILAYAH BALKAN DI SLOVENIA

INFO SPESIES MARBLE TROUT

Marble Trout , Salmo marmoratus adalah salah satu spesies ikan Trout yang paling unik dan sering terlepas pandang di Eropah . Sekali lihat rupanya seperti Brown Trout , tetapi ternyata ia berbeza .
Paling jelas ialah kekurangan bintik-bintik hitam dan kewujudan corak marmar di sepanjang sisi dan belakang badannya . Bahkan , ia mempunyai kemampuan untuk menyamar dalam persekitarannya , jadi ia sukar ditinjau ( sight fishing ) melainkan di dalam air yang sangat-sangat jernih seperti di kawasan sini .
Ikan Marble Trout ini adalah spesies Trout terbesar di Eropah . Terdapat laporan spesimen seberat hingga 30kg seekor di Bosnia Herzegovina . Di Slovenia sendiri ada yang pernah tangkap spesimen hingga 25kg . Antara rekod yang didokumentasikan adalah dari pemancing layang Itali di Sungai Soca pada tahun 2009 . Ianya sepanjang 120cm dan seberat 22.5kg !
Oleh kerana habitatnya di dalam sungai yang berair sejuk , jadi kadar tumbesarannya adalah sangat lambat . Ia boleh menjadi sangat tua hingga 10 tahun atau 20 tahun usianya jika tidak diambil sebagai makanan .
Hingga ia mencapai saiz saiz 60cm , diet utamanya adalah serangga di dalam sungai seperti caddis , mayfly , stonefly nymph and sebagainya . Ia makan di semua perimeter air termasuk di dasar , pertengahan dan permukaan air .
Marble Trout saiz yang lebih besar masih lagi menjadikan serangga sebagai dietnya , tetapi pada masa yang sama ia akan mula makan anak-anak ikan atau ikan bersaiz kecil .
Apabila ia bertukar diet , maka itulah masanya ia membesarkan badannya , ia akan menjadi lebih culas dan memilih lubuk-lubuk yang dalam serta menjadi nocturnal , bermakna makan ketika hari sudah gelap ( malam ).
Marble Trout boleh dijumpai di Italy , Slovenia , Croatia , Bosnia Herzegovina dan Montenegro . Ancaman terbesar yang dihadapi spesies ini adalah pengenalan spesies Trout spesies lain di habitatnya menyebabkan wujudnya spesies hybrid silang biak ( cross breed ). Ini menyebabkan ia hilang keaslian jati dirinya .
Selain itu adalah ancaman dari pembinaan empangan yang menyebabkan ia tidak dapat mudik ke lokasi pembiakannya ( breeding ground ) yang jauh di hulu sungai . Harapan saya supaya spesies istimewa Trout ini dapat kekal dalam semulajadi aslinya !
Marble Trout pertama saya !

Wilayah Balkan di Slovenia ialah syurga bagi ikan Marble Trout . Spesies Trout yang sukar didapati ini tinggal di habitat sungai yang mengalir jernih dengan suhu persekitaran yang sejuk .

Corak marble yang sangat jelas dan cantik !

TELAH MENJADI impian saya sejak memilih pancing layang sebagai salah satu dari cabang hobi memancing . Pancing layang telah ‘ membawa ’ saya ke merata pelusuk dunia memburu pelbagai spesies ikan eksotik , dan di antaranya ialah Marble Trout ! Masih saya ingat lagi pertembungan pertama saya dengan ikan ini .

Saya sedang meranduk air yang sangat-sangat jernih dibayangi dengan pepohonan pokok yang amat rendang memustahilkan layangan tali ke arah seekor ikan anggaran saiz lebih dari 60cm yang berada lebih kurang 25 meter dari tempat saya berdiri .
@ pancing • Oktober 2020 • 33