@Pancing October 2020 | Page 31

“ Beliau terpaksa membaiki semula lapisan getah lantai kolam yang rosak dan koyak serta memasukkan semula air dengan bancuhan garam ke dalam kolam agar mendapat kadar kemasinan air yang sesuai sebelum ikan dilepaskan .”
“ Beliau terpaksa membaiki semula lapisan getah lantai kolam yang rosak dan koyak serta memasukkan semula air dengan bancuhan garam ke dalam kolam agar mendapat kadar kemasinan air yang sesuai sebelum ikan dilepaskan .”
Siakap Putih tangkapan utama di kolam . Caj kolam tertera di kaunter . cing memilih umpan udang kopek yang dapat dibaling tarik . Selain itu , ada yang mengunakan umpan hirisan Sardin atau Kembung yang lebih disukai Siakap Merah .
Memancing di kolam komersil ini banyak bergantung pada nasib serta kemahiran yang dimiliki untuk memujuk ikan makan umpan . Namun persediaan perambut dan mata kail perlu sesuai agar tidak pulang dengan tangan kosong . Teknik pelampung juga berkesan buat mereka yang menggunakan umpan udang hidup .
Set kekili dan joran bergantung pada pilihan masing-masing . Mengikut pengalaman saya , waktu memancing yang terbaik adalah sekitar jam 7 pagi hingga jam 11 pagi manakala sebelah petangnya pula sekitar jam 5 petang hingga 10 malam .
Namun ia bergantung pada keadaan , jika hari hujan , peratusan ikan memakan umpan sedikit menurun kerana kadar kemasinan air kolam mula berubah menyebabkan ikan tidak aktif makan umpan .
Inilah kaki pancing , minat dan hobi mahal ini merupakan tempat kita mengeratkan persahabatan serta melepaskan lelah setelah seharian bekerja . — @ Pancing
( Atas ) Ikan dilepaskan ikut jadual , perhatikan tebing kolam yang dilapisi getah .
( Kiri ) Puas hati dapat tangkapan berganda !
Ikan dari sumber sangkar di laut , rasanya lebih enak .
Pertanyaan : EN . SYAFIQ 016-696 4724
@ pancing • Oktober 2020 • 31