@Pancing October 2020 | Page 30

SANTAI PANCINGAN KOLAM AIR MASIN DI BANDAR
DeSA Aman SuNGAI BuLOh Selangor , teRDAPAT sebuah kolam PANCINGAN air masin yang telah beRTAPAK sejak penghujung tahun 90-an lagi . Kebanyakan kaki pancing mengenali kolam ini deNGAN panggilan “ Kolam Karpet GeTAh ”!

@ Kolam Bayar

MOHD FADZLY RANI ( fadz43 @ yahoo . com )

Kolam Aduro

SANTAI PANCINGAN KOLAM AIR MASIN DI BANDAR
DeSA Aman SuNGAI BuLOh Selangor , teRDAPAT sebuah kolam PANCINGAN air masin yang telah beRTAPAK sejak penghujung tahun 90-an lagi . Kebanyakan kaki pancing mengenali kolam ini deNGAN panggilan “ Kolam Karpet GeTAh ”!
30 • Oktober 2020 • @ pancing
En . Syafiq , tauke baru kolam .

INI BERIKUTAN tebing dan lantai kolam dilapisi kepingan getah . Antara kelebihan lapisan getah ini ialah ia dapat menutup dasar bertanah agar air tidak menjadi keruh dan dikatakan dapat mengekalkan paras air kolam serta kemasinan air , justeru rasa ikan menjadi lebih enak .

TAUKE BARU
Muhammad Syafiq bin Abdullah 55 , merupakan seorang usahawan yang berani dengan mengambil alih Kolam Pancing Air Masin Desa Aman ini dari pengusaha yang lama . Beliau menstrukturkan semula kolam tersebut setelah 5 bulan tidak beroperasi akibat Covid -19 serta PKP sejak Mac yang lalu .
Beliau terpaksa membaiki semula lapisan getah lantai kolam yang rosak dan koyak serta memasukkan semula air dengan bancuhan garam ke dalam kolam agar mendapat kadar kemasinan air yang sesuai sebelum ikan dilepaskan .
Stok ikan Siakap Putih dan Merah diambil dari sangkar di Taiping Perak . Menurut beliau , pemilihan ikan sangkar lebih baik kerana daya juang yang hebat jika terkena kail , serta rasanya tidak hanyir jika dibandingkan dengan ikan dari kolam tanah yang berlumpur .
Kolam juga kini dilengkapi pelbagai kemudahan antaranya surau , tandas , tempat jual umpan udang serta restoran makanan ala Thai .
SOP
19 September 2020 , kolam ini telah dibuka secara rasmi . SOP dipatuhi dengan menghadkan bilangan pengunjung ke kolam dalam masa yang tertentu . Setiap pegunjung harus memakai pelitup muka , mengekalkan penjarakkan , mencuci tangan , pengambilan suhu dan pendaftaran di kaunter sebagai rekod .
Selain itu ada juga peraturan lain seperti tidak dibenarkan penggunaan umpan ikan Lampam , organ dalaman haiwan , mata 3 , apollo dan umpan tiruan .
PENGAMATAN
Selain dari udang hidup , rata-rata peman-