@Pancing October 2020 | Page 28

Double strike Toman jika jumpa kumpulannya bermain .
Tiada apa yang dinginkan lagi sekiranya dapat menaikkan Toman yang perlu diriba untuk diambil gambar .
Senyuman kepuasan yang terukir apabila dapat Toman seperti ini
Toman saiz begini pasti kuat menentang lebih-lebih lagi berhampiran reba . ramai- ramai tekong , ada seorang anak muda tempatan yang mengusahakan bot sewa merangkumi fishing guide .
Anas , atau nama sebenarnya Mohamad Anas Solehan Bin Md . Desa . Umur di awal 20-an tetapi pengetahuan , pengalaman , strategi dan taktikal beliau dalam mengatur dan menentukan gerakan trip amat membantu terutama kepada pemancing yang baru ke sini .
Paling bagus , daya tinjauan kedudukan kumpulan anak-anak Toman oleh tekong ini amat tajam sekali . Rata-rata pelanggan beliau mengakui perkara ini . Inilah anugerah yang dikurniakan Nya kepada beliau !
TIPS
Jika anda berkira-kira untuk menggunakan perkhidmatan Tekong Anas , ada beberapa tips yang ingin saya kongsikan .
Pertama , pastikan anda menempah awal kerana apabila tiba musim Toman di sini , botbot serta tekong-tekong di sini akan penuh ditempah . Apa yang menarik tentang Tekong Anas , kadang kala beliau sendiri akan update kepada pelanggan bila bermula musim Toman dan waktu kemuncaknya .
Kebiasaannya , pembukaan musim adalah sekitar Januari sehingga April setiap tahun . Gelombang kedua pula berlaku tidak menentu mengikut keadaan air sungai . Ini dipanggil , “ luar musim ”. Pada bulan Jun sehingga September pula akan ada satu lagi musim dan ianya juga bergantung kepada keadaan air .
Saya pernah menempah bot pada musim awal dan akhir tahun . Mengikut pengalaman saya , musim pada awal tahun lebih meriah berbanding akhir tahun . Pernah tekong sendiri membatalkan trip kerana menurutnya keadaan air tidak sesuai dan kelompok Toman sukar ditemui . Ini bagi saya adalah satu ketelusan tanpa memikirkan keuntungan semata-mata !
Kedua , jika janji telah dimeterai antara kedua belah pihak , jangan lupa untuk kirim ‘ Teh Ais Ketagih ’ yang selalu dibeli oleh tekong . Ya , teh ais ! Ketika baru berjinak-jinak memancing di sana , saya telah sediakan 5 botol besar air sebagai bekalan . Ternyata tidak tersentuh kerana apabila telah rasa teh ais yang dibawa , kita akan repeat order pada waktu tengah hari dan akan beli lebih untuk stok sebelah petang . Jangan risau , cooler box serta ais disediakan oleh tekong .
Ketiga , jika anda khuatir kelewatan untuk naik bot , kirimlah siap-siap nasi lemak atau nasi berlauk dengan tekong dan makanlah atas bot . Makan atas bot bersulamkan teh ais padu memang satu kenikmatan . Memang banyak gerai makan di sekitar pangkalan tetapi tidak sama dengan gerai yang biasa dibeli oleh tekong . Maka penyelesaian mudah adalah dengan mengirim sahaja makanan dan minum ( teh ais ) pada beliau .
Keempat , jika anda masih baru dengan taktikal dan peralatan pancingan Toman di sini maka usah risau . Tekong Anas akan membantu termasuklah membimbing ketika sedang berlakunya strike untuk memastikan ikan dapat didaratkan dengan selamat .
Kelima , jika anda berjaya mendaratkan ikan maka minta tolong tekong yang ambilkan gambar . Sebolehnya guna sahaja kamera dari telefon beliau . Ini kerana teknik mengambil gambar beliau sememangnya bagus berdasarkan pengalaman saya yang lepas .
Sungguhpun begitu , tekong-tekong lain juga pastinya mempunyai kualiti tersendiri . Maka usah khuatir untuk menggunakan perkhidmatan tekong yang lain sekiranya Tekong Anas ini telah penuh ditempah pelanggan .
PENUTUP
Haluan yang akan dibawa oleh seseorang tekong di sini tidak menentu . Dari pengamatan saya , tekong akan mudik ke hulu atau ke hilir sungai berdasarkan kesesuaian air dan jumlah pergerakan bot-bot yang lain . Ini untuk mengelak terlalu banyak bot yang ada di sesuatu tempat dan akibatnya , Toman akan menyorok di dalam reba kerana kehadiran bot yang banyak . — @ Pancing
Pertanyaan : TEKONG ANAS 017-509 2723
28 • Oktober 2020 • @ pancing