@Pancing October 2020 | Page 25

Aie rajin speed jigging untuk Tenggiri tetapi Kerapu pula yang menyambar .
belakang dan hadapan memainkan heavy sinking minnow , manakala yang duduk di tengah mengunjun jig laju .
MARKER
Tenggiri memang ada , seperti biasa banyak yang putus atau terlucut . Tidak beberapa lama kemudian datang satu bot kayu bersauh berhampiran kami . Mereka tidak putus-putus menaikkan Tenggiri kerana menggunakan umpan ikan hidup .
Apa yang kami buat ialah sentiasa berhanyut berhampiran bot tersebut kerana sudah ada ‘ marker ’. Apabila diperhatikan di sonar barulah tahu mengapa Tenggiri banyak . Ini berikutan di dasar adalah kawasan cetek dalam lingkungan 30-35 meter dan ia tiba-tiba naik terus ke paras 45 meter , menandakan di dasar ada satu kemuncak bukit .
Mungkin banyak ikan-ikan kecil menaun di sana sebagai tempat berlindung dan sudah tentu Tenggiri akan turut ada kerana banyaknya makanan terhidang .
Hampir tengahari kami berhanyut di kawasan itu sahaja dan mengutip Tenggiri seekor demi seekor . Arus pasang tadi bertukar surut , ikan Tenggiri sudah senyap . Bot kayu tadi juga sudah angkat sauh untuk beredar . Zurai mencadangkan pergi ke unjam tetapi saya berdegil untuk terus menunggu kerana bagi saya Tenggiri masih ada , cuma mungkin keadaan arus membuatkan ia sedikit pasif .
AMUKAN TENGGIRI
Kami masih lagi kena strike sekali sekala hinggalah 2 jam kemudian kelihatan boiling di sana-sini , rupa-rupanya kumpulan Tenggiri sedang mengamuk , bukan satu tetapi 4-5 kumpulan yang besar !
Menarik apabila Tenggiri melompat keluar dari air , ia bagaikan torpedo dan biasanya ia melompat menegak ke udara hingga 15-20 kaki tinggi . Saya sendiri sudah lebih 1o tahun tidak melihat fenomena tersebut .
Masalahnya kumpulan Tenggiri tersebut berselerak , ia tidak tertumpu di satu-satu tempat . Mungkin ia mengejar kumpulan anak-anak ikan yang bersepah di sana sini . Jadi kami hanya berhanyut secara rawak mengharapkan kumpulannya berlegar berhampiran bot kami . Kalaulah ia berlaku di unjam pasti ‘ pecah tong ’ kami dibuatnya !
RIPPING STICKBAIT
Memandangkan Tenggiri sedang aktif di
Saya mencuba tali braided terbaru dari Pure Fishing ini , Berkley X9 15lb warna low-vis-green yang ngam-ngam masuk penuh spool kekili BC Penn Fathom FTH300LPLH , gear ratio 7.3:1 dan dipadankan dengan joran Penn Spinfisher Jigging PE1-3 , jig max . 80-250g , max . drag 7kg .
permukaan air saya , mencadangkan kepada rakan-rakan supaya menggunakan gewang topwater . Bob mengeluarkan stickbait 60g renangan subsurface . Ia dimainkan secara ripping perlahan . 2 kali mencuba , satu kelibat keperakan yang amat besar melibas dirinya di gewang Bob hingga lenang sekejap di perimeter terkamannya - bapak Tenggiri !
Monster tersebut miss gewang , Bob menyambung ripping , satu lagi Tenggiri menyergap , juga tidak lekat . Apabila gewangnya dalam beberapa meter lagi nak sampai ke bot , seekor Tenggiri saiz kecil sempat membaham , langsung lekat dan dapat dinaikkan !
Pada masa yang sama jig dan gewang berat tetap dimainkan . Jig dihenjut laju tidak mahu disambarnya , apabila diperlahankan karauan baru menjadi . Manakala heavy sinking minnow berlainan pula , ia hendaklah dikarau laju supaya tidak tenggelam dalam dan hanya berenang paras kurang satu kaki dari permukaan air baru dihentamnya .
Kegilaan kumpulan Tenggiri tersebut tidak lama dan suasana menjadi sepi semula . Kali ini kami terpaksa berubah lokasi ke Karang Buai kerana ia sudahpun berhampiran Pemanggil . Kebetulan angin yang sejuk tadi sudah bertambah dingin dengan kehadiran awan hitam memenuhi langit .
Kami di Karang Buai tidak lama , walaupun potensinya ada kerana berlaku beberapa kali jig kami putus , namun langit yang gelap dengan kehadiran angin yang menderu menyebabkan kami terus pulang ke pulau . Kami berlindung di kawasan tidak terkena angin kerana masih awal lagi , dapatlah layan micro jig sekejap .
AHAD
Kesan Angin Selatan semalam masih bersisa , ombak agak tinggi . Kami terus ke Karang Baru mengharapkan kumpulan Tenggiri masih ada lagi di sana , 3 jam berhanyut langsung tidak ada reaksi positif menyebabkan kami terus ke Karang Luas berhampiran Tioman . Di sini juga senyap dan kami berpindah ke Karang Buai Pemanggil pula .
Angin sudahpun reda dan laut menjadi lenang semula macam semalam , Gerong Pulau mula rancak menghentam jig , namun langit kelihatan gelap dengan kehadiran angin , Ajib menutup tirai dengan seekor Tenggiri dan kami terpaksa pulang ke Mersing sebelum cuaca buruk melanda . — @ Pancing

JIG UNTUK TENGGIRI

Jig yang biasa saya pilih untuk speed jigging Tenggiri adalah berharga ekonomi ( kerana selalu putus ). Jig selalunya satu warna sahaja iaitu perak ( silver ) dan kalau boleh ada sedikit garis-garis luminous . Profil jig mestilah kurus dan tirus supaya tidak menjadi berat apabila membelah air ketika diunjun laju . Berat jig adalah 40 , 60 , 80 dan 100g bergantung pada kekuatan arus ( ketika trip saya banyak menggunakan jig Eupro berat 40 dan 60g sahaja kerana arus tidak laju )
( Gambar jig di sebelah kiri ). Mata kail assist yang saya guna biasanya skala saiz 1 / 0 – 3 / 0 ( mengikut saiz jig ). Jika assist hook diikat pada wayar ( saya guna 30lb ) yang disalut Kevlar , maka bulu ( teaser ) akan diikat terus pada pangkal mata kail .
( Gambar jig di sebelah kanan ). Jika saya ikat assist hook pada wayar 30lb disalut plastik , maka teaser akan saya ikat di solid ring untuk menutup wayar dan panjang teaser hanyalah setakat lengkung mata kail sahaja untuk mengelakkan ia menjadi terlalu panjang .
Bulu ( teaser ) saya gunakan 3-4 bahan , bermula dengan material yang luminous ( Flashabou Tinsel Flash ) sebagai dasarnya untuk ‘ menyala ’ di dasar yang gelap , diikuti dengan bahan sintetik ( Polar Fiber atau Polar Flash atau Gliss & Glint Plus ) warna chartreuse untuk warna yang kontras di dalam air dan akhir sekali bahan Super UV Flash ( natural ) supaya ia lebih menyinar di bawah cahaya matahari . Jika rajin , saya akan tambah sehelai dua Krystal Flash yang berkilat . Wajib ikatan yang mengikat mata kail dan wayar disalut epoxy supaya lebih kukuh , super glue tidak memadai .
Bawah jig saya akan tambah satu mata kail single sebagai insurans , biasanya saiz 1 / 0-3 / 0 ( bergantung pada saiz jig ). Trip ini saya guna Owner Single Hook S-125 model 517821 . Mata assist dan single saya guna split ring saiz 4 atau 5 yang kuat dan atas jig ialah ball bearing swivel saiz kecil . Saya tidak pernah menyambung perambut wayar di atas jig kerana Tenggiri biasanya amat culas , sebaliknya perambut fluorocarbon 20-30lb diikat terus ke ball bearing swivel . Selamat mencuba !
Pertanyaan : ZURAI , PEMANGGIL HOLIDAY RESORT 019-769 0407
@ pancing • Oktober 2020 • 25