@Pancing October 2020 | Page 23

KARAU LAJU ATAU PERLAHAN

Perkara ini adalah amat subjektif dan sebenarnya ia bergantung kepada lokasi pancingan dan musim ikan . Pengalaman saya sendiri , karauan laju atau perlahan gewang atau jig , kedua-duanya saya selalu dapat Tenggiri .
Perasan atau tidak , selalunya bila sudah sejam dua menghenjut laju gewang atau jig , tanpa anda sedari tangan sudah menjadi lenguh dan secara automatik anda akan memperlahankan ritma karauan . Ketika itulah biasanya Tenggiri akan menghentam , bukan ?
Jadi pada saya ia bukanlah masalah besar . Pada pendapat saya anda seharusnya mempelbagaikan kadar kelajuan karauan . Cuba , dan apabila kena sahaja Tenggiri pada satu-satu kelajuan karauan tersebut , kekalkan kelajuan karauan yang sama pada percubaan seterusnya .
To play safe , saya tetap gunakan kekili dengan gear ratio yang tinggi ( siri HG atau XG ) biasanya 5.8:1 ke atas untuk kekili spinning dan gear ratio 7.3:1 ke atas untuk baitcaster .
Bob membuka tirai trip di lemparan pertamanya !
Bot baru Zurai di jeti Mersing .
Nazreen menggunakan heavy sinking minnow 40g warna hijau yang ditarik perlahan-lahan sahaja .
Pembantu tekong kena ikan Sebelah saiz kasar masa main bottom .
Sepanjang 2 hari trip Ajib hanya guna sinking heavy minnow 50g yang besar ini sahaja dan miss dan kena banyak Tenggiri , gewang masih selamat dibawa balik !
Adik Bob , Haziq menyusul sejurus kemudian dengan speed jigging .
bergigi tajam tersebut .
Sebaik sampai ke lokasi , sedang orang lain sibuk mempersiapkan alatan , Bob yang sudah bersedia dengan set mengilat heavy sinking minnow , joran Expert Graphite Blackstone 7 ’ 9 ”, PE2-3 , max drag 3.5kg , lure max . 60g dengan kekili kelajuan XG saiz 6000 . Balingan pertama gewang 40g beliau terus bersahut !
Apa lagi masing-masing kelam kabut menyudahkan peralatan . Yang di bahagian
@ pancing • Oktober 2020 • 23