@Pancing October 2020 | Page 22

TENGGIRI KARANG BARU PULAU TINGGI

@ Air Masin

EDITOR ( faizkarim @ revonmedia . com )

Karau Laju Atau Perlahan ?

TENGGIRI KARANG BARU PULAU TINGGI

Sentiasa menjadi persoalan di kalangan pemancing Tenggiri , berapa laju karauan gewang atau jig yang bersesuaian untuk membuatkan ikan pemangsa bergigi tajam ini menjadi marah lantas menerkam gewang yang dimainkan ?

22 • Oktober 2020 • @ pancing

Bertahun-tahun saya pergi ke Pulau Pemanggil dengan menggunakan bot kayu . Inilah kali pertama saya turun dengan speed boat . Kebetulan Zurai , Tauke Pemanggil Holiday Resort baru membeli bot laju saiz 12m panjang X 3.35m lebar , dijanakan 2 enjin 4 stroke 250hp . Kalau dulu perjalanan ke Pemanggil mengambil masa antara 4-6 jam menggunakan bot kayu , tetapi dengan bot ini tidak sampai sejam setengah sudah sampai !

Kelebihan yang lain , banyak lokasi pancingan sempat diterjah tanpa membuang masa berbanding bot kayu yang sangat lambat perjalanannya . Trip ini berlangsung selama 2 hari dan kami bertolak dari jeti Mersing awal pagi Sabtu .
KARANG BARU
Cuaca sepatutnya tidak beberapa cantik dengan ribut di waktu petang , namun beberapa hari sebelum trip , keadaan angin bertukar menyebabkan laut menjadi lenang . Sebaik keluar dari Kuala Mersing Zurai terus menuju ke lokasi dipanggil “ Karang Baru ” di Pulau Tinggi .
Dengan bot laju ini , lokasi tersebut cepat sahaja kami sampai , hanya dalam satu jam perjalanan sahaja lebih-lebih lagi dengan keadaan air laut yang lenang . Langit mendung dengan kepulan awan tebal yang rendah dan besar , angin juga bertiup perlahan tetapi terasa agak sejuk . Ini bagi saya adalah kondisi pancingan yang terbaik .
Karang Baru ini sama sahaja seperti kawasan karang-karang luas yang lain dengan kehadiran batu-batu karang yang tidak sekata . Cuma di sini karangnya lebih tinggi dan risiko jig tersangkut di dasar adalah tinggi . Rata-rata takat kedalaman di sini antara 35-60 meter .
SIAP SEDIA
Kami sememangnya bersedia untuk pancingan Tenggiri kerana tahu sudah masuk musimnya , jadi semua membawa peralatan apa yang patut untuk spesies