@Pancing October 2020 | Page 20

HULU SUNGAI LEBIR TAMAN NEGARA KELANTAN
Menyusuri jeram pada musim panas dengan air sungai yang cetek serta berbatu-batu menguji kekuatan mental dan fizikal , lebih-lebih lagi sekiranya ingin memburu ‘ Sang Raja Sungai ’ iaitu Ikan Kelah .

@ Sungai Pergunungan

DAVID ONG ( davidong2000 @ gmail . com )

Menjejak Kelah Kuala Koh

HULU SUNGAI LEBIR TAMAN NEGARA KELANTAN
Menyusuri jeram pada musim panas dengan air sungai yang cetek serta berbatu-batu menguji kekuatan mental dan fizikal , lebih-lebih lagi sekiranya ingin memburu ‘ Sang Raja Sungai ’ iaitu Ikan Kelah .

TAMAN NEGARA Kuala Koh atau juga

dikenali sebagai Taman Negara Kelantan . Terdapat dua batang sungai yang mengalir masuk iaitu Sungai Koh dan Sungai Lebir yang menjadi lokasi untuk mengail Kelah .
Trip untuk 4 hari 3 malam ini dirancang dan dimaklumkan kepada tekong bot , Encik Juki awal setahun kerana pihak Taman Negara Kelantan telah menetapkan bahawa cuma 2 trip memancing sahaja yang dibenarkan ke Ulu Sungai Lebir pada setiap bulan .
20 • Oktober 2020 • @ pancing
( Atas ) Meredah kawasan cetek untuk ke hulu .
Selain itu , hanya 1 bot sahaja yang dibenarkan pada setiap trip dengan jumlah had maksima sebanyak 3 orang pemancing dan 2 orang tekong . Peraturan seperti ini haruslah dikekalkan untuk selama-lamanya supaya stok dan benih Ikan Kelah sentiasa stabil bilangannya .
Makanan , minuman dan barang keperluan perlu dibawa secukupnya kerana untuk mendapatkan bekalan adalah jauh dan terpaksa mengambil masa untuk ke Pekan Gua Musang atau ke Felda yang terdekat .
SELANGOR KE KELANTAN
Kami meninggalkan Pekan Gombak jam 1.00 pagi . Masa amat terhad dan berharga bagi kami untuk trip kali ini kerana perjalanannya yang jauh untuk sampai di destinasi terakhir di hutan nanti .
6.00 pagi kami sampai di Pekan Gua Musang dan bertemu dengan Pakcik Sudin yang bertolak dari Kuantan , kami juga sempat bersarapan bersama-sama sebelum bertolak ke destinasi . Jam 7.00 pagi kami menyambung kembali perjalanan terus memasuki Taman
Negara Kelantan . Kami sampai di Pejabat Perhilitan untuk tujuan pendaftaran dan lesen memancing pada 8.00 pagi .
Selepas mendaftar kami berkerjasama untuk memunggah segala barang-barang untuk dimuatkan ke bot fiber . Setelah semuanya selesai maka dengan semangat yang kental kami meninggalkan jeti awam Kuala Koh dan bermulalah perjalanan yang menguji kekuatan mental , fizikal dan semangat kerjasama di dalam pasukan .
CUACA
Perkara penting yang perlu diambil kira sebelum trip adalah memastikan keadaan cuaca yang elok kerana risiko berlakunya kepala air adalah amat tinggi . Syukurlah , trip kali ini menunjukkan keadaan cuaca yang cerah serta keadaan air yang cantik memberikan kami semua satu keyakinan untuk meredah Sungai Lebir . Perjalanan ke hulu memakan masa lebih kurang 8 jam disebabkan air sungai yang amat cetek pada musim panas .
Kami mengheret dan menolak bot fiber yang sarat muatannya dengan pelbagai