@Pancing October 2020 | Page 2

04-08 MAMA ERON TANJUNG DATU

Lokasi Pancingan Di Hujung Poin Borneo

10-12 CABANG COARSE FISHING

Pengenalan Pole Fishing Gaya Eropah

14-15 MENJEJAK RATU PECUT LAUTAN

Musim Layaran Kuala Rompin

16-19 POTENSI SOFT PLASTIC UDANG

Umpan Alternatif Pemangsa Muara

19 BORANG LANGGANAN

20-21 MENJEJAK KELAH KUALA KOH

Hulu Sungai Lebir Taman Negara Kelantan

22-25 KARAU LAJU ATAU PERLAHAN ?

Tenggiri Karang Baru Pulau Tinggi

26-28 TOMAN RIBA SUNGAI KEDAH

Tekong Proaktif , Hasil Produktif

30-31 KOLAM ADURO

Santai Pancingan Kolam Air Masin Di Bandar

32-34 PANCING LAYANG MARBLE TROUT

Penjelajahan Wilayah Balkan Di Slovenia
Bicara editor ...

ASSALAMMUALAIKUM WRT . Minat saya selain memancing yang telah lama ditinggalkan adalah kegiatan luar rumah ( outdoor activity ). Ini termasuk berkhemah , hiking , trekking dan kayak . Rasa-rasanya ada juga belasan tahun dahulu sebelum berkahwin .

Antara waktu tersebut hingga kini adalah juga keluar ke sungai pergunungan , tetapi tidak pergi untuk jangkamasa yang lama dan lokasi bukan jauh ke dalam hutan yang perlu berjalan jauh dan berkhemah berhari-hari lamanya .
Faktor umur mungkin sahaja boleh dijadikan alasan , tetapi ada sahaja rakan saya yang berumur lebih dari 50 tahun masih naik turun gunung mencari Kelah . Pada saya kekangan adalah lebih kepada masa . Waktu jadi reporter majalah , trip lebih dari 5 hari masuk hutan adalah perkara biasa sahaja , ia semakin kurang dilakukan sejak mengalas tugas sebagai Editor . Kesibukan itulah punca utamanya aktiviti ini semakin saya pinggirkan .
Sebab kedua , mungkin kerana anakanak masih kecil dan ketiadaan saya untuk beberapa hari merunsingkan , terutamanya bagi isteri , walaupun sebelum berkahwin kami bertemu jodoh jauh di dalam hutan Melantai Taman Negara Pahang semasa saya memancing Kelah dan beliau melakukan penyelidikan berkenaan ikan tersebut . ( Bercakap tentang tangkapan peribadi terbaik … hahaha ).
Namun semenjak anak sulung masuk ke Tingkatan 3 tahun ini , beliau semakin aktif dalam Persatuan Pengakap dan selalu bertanya tentang aktiviti outdoor . Ini telah membibitkan minat saya semula . Lantas stor diselongkar mencari barang-barang yang lama tersimpan . Kebetulan banyak masa terluang semasa PKP tempohari .
Ada barang yang masih boleh digunakan dan banyak juga yang sudah rosak akibat reput dan berkarat . Mulalah masa terluang browse online dan Youtube , serta singgah ke kedai-kedai mencari info barangan outdoor terkini di pasaran .
Apa yang saya dapati , banyak perubahan dari segi teknologi terbaru dalam dunia outdoor . Namun yang paling jelas adalah lambakan barangan Made in China yang kebanyakannya kurang baik kualitinya dan paling ditakuti adalah imitasi dari jenama yang terkenal .
Tidak dinafikan ada juga produkproduk ini yang berkualiti walaupun harganya ekonomi , yang ini mungkin boleh diharapkan . Tetapi perlu diingatkan dalam situasi survival yang sebenar , bolehkah produk-produk ini melakukan tugasnya dengan baik , paling penting tidak membahayakan kita sebagai pengguna ?
Sebab itulah saya sarankan , lakukan sedikit kajian sebelum membeli apaapa produk outdoor terutamanya pisau , multi-tool , alatan memasak , barangan perkhemahan dan rekreasi air . Dapatkan info atau review dari sosial media atau rakan-rakan yang berpengalaman , barulah berbaloi dengan pelaburan yang anda lakukan .
Bagi saya , perlahan-lahan kumpul barang outdoor balik semula dan mungkin lepas ni oleh buat satu trip simple untuk memancing Kelah bersama keluarga !
Editor , Faiz Karim
HAK CIPTA TERPELIHARA @ Pancing @ Pancing adalah sebuah majalah yang menyediakan maklumat mengenai dunia memancing , perkembangan dan juga berita terkini dari dalam dan juga luar negara . Pihak penerbit dan Editorial @ Pancing tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan mahupun kehilangan yang disebabkan oleh maklumat yang diperoleh dari majalah ini termasuk produk mahupun perkhidmatan yang diiklankan . Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh dikeluar ulang , disimpan dalam sistem dapat kembali , atau disiarkan dalam apa-apa jua bentuk dan dengan apa-apa jua cara , sama ada elektronik , fotokopi , mekanik , rakaman atau lain-lain sebelum mendapat izin bertulis daripada pihak penerbit dan @ Pancing .

#@ Kandungan

11

02 • Oktober 2020 • @ pancing