@Pancing October 2020 | Page 17

Udang hidup sememangnya umpan terbaik untuk pancingan muara . Ini adalah fakta yang tidak dapat disangkal lagi . Namun , biasanya pengilat ( caster ) akan menolak 100 % penggunaan umpan semulajadi dan berusaha mencari jalan untuk menipu ikan dengan menggunakan umpan tiruan . Prinsip sebeginilah yang merangsang lambakan produk soft plastic ( SP ) berbentuk udang di pasaran pada masa ini .

Pelbagai SP Udang yang hampir menyerupai udang sebenar .
Lokasi berbatu sebegini sangat sesuai diduga dengan SP Udang .

TEORI “ MATCH THE HATCH ” yang popular di kalangan pemancing ikan Trout di luar negara adalah sangat bertepatan dengan konsep yang dibawa oleh soft plastic berbentuk udang ini . Kebanyakkan SP Udang yang terdapat di pasaran mempunyai bentuk yang realistik , mimik kepada sifat fizikal udang yang sebenar .

Ciri-ciri menarik seperti badan multi section yang lembut , penambahan ball bearing dan mata yang terang berderang oleh efek luminous membuatkan SP Udang persis tidak tumpah bagaikan udang sebenar yang berenang di air . Faktor-faktor inilah yang membuatkan SP Udang menjadi senjata utama saya untuk menjerat ikan-ikan pemangsa apabila penggunaan gewang agak terbatas atau kurang mendapat sambutan .
LOKASI BERBATU
Kawasan berbatu di perairan estuari adalah lokasi terbaik untuk menggunakan soft plastic berbentuk udang . Ini kerana SP Udang akan dapat berada lebih lama di zon sasaran ikan dan lebih mudah untuk menarik perhatian ikan .
Selain itu , kedudukan mata kail tunggal yang biasanya agak terselindung dan terarah ke atas , membolehkan ia dimainkan dengan lebih berani , walaupun di kawasan yang berisiko tinggi untuk sangkut .
SASARAN
Berdasarkan pemerhatian saya , soft plastic ini sangat sesuai digunakan untuk menjerat semua spesies ikan pemangsa di muara sungai . SP Udang adalah ramuan yang terbaik untuk menyasarkan pemangsa seperti ikan Siakap Merah dan Putih , Gerepoh , Kerapu dan lain-lain . Pokoknya , penggunaan SP ini adalah tidak terbatas bergantung kepada cara persembahan daripada pemancing itu sendiri .
PENGGAYAAN
Tiada batas untuk memainkan umpan tiruan berbentuk udang ini kerana mata kailnya yang tersembunyi dan anda bebas untuk menukar berat jig head berdasarkan kedalaman lokasi yang ingin diuji . Namun teknik Direct Retrieve dan Twiching & Drop adalah 2 teknik yang menjadi pilihan utama saya .
1 ) DIRECT RETRIEVE : Teknik yang terbaik untuk menjerat ikan Siakap Merah dan Siakap Putih . Caranya sangat mudah iaitu dengan hanya menjatuhkan SP Udang pada kedalaman yang diingini sama ada di dasar , pertengahan ataupun permukaan air dan seterusnya mengarau tali anda secara konsisten . Untuk memaksimakan potensi strike apabila menggunakan teknik ini , pastikan karauan yang dilakukan tidaklah terlalu laju sehingga boleh menjejaskan aksi renangannya .
2 ) TWICHING & DROP : Teknik ini sesuai digunakan apabila padang pancing agak berarus . Biarkan SP Udang hanyut di zon sambaran dan lakukan twitch untuk menarik perhatian ikan . Selepas itu , biarkan ia tenggelam secara bebas seketika sebelum mengarau pendek dan mengulangi semula aksi twich . Teknik ini boleh menarik perhatian lebih banyak pemangsa kerana dapat merangkumi semua aras kedalaman air .
SET-UP
Set pancingan muara yang biasa anda gunakan sudah memadai untuk menggayakan soft plastic ini . Namun anda perlu
@ pancing • Oktober 2020 • 17