@Pancing October 2020 | Page 12

Kap Hitam yang kuat menekan .
Pole akan membuat lengkungan cantik bila digasak ikan yang besar .
Pelbagai spesies ikan boleh disasarkan dengan teknik pole .
Teknik pole memang menjadi pilihan saya semasa pertandingan menggunakan pelampung .
12 • Oktober 2020 • @ pancing
GETAH ISTIMEWA
Yang membezakan pole jenis Eropah dengan pole yang lain adalah sejenis getah istimewa ( elastic ) yang berada di seksyen teratas . Elastic terdapat pada gred-gred keanjalan yang tertentu yang bertindak sebagai automatic drag dan absorber semasa digasak dengan ikan . Bagi ikan-ikan kecil memadai elastic sehingga no . 5 , manakala pemburu ikan yang lebih kasar akan menggunakan elastic sehingga gred no . 20 !
Elastic ini membolehkan penggunaan tali tangsi yang lebih halus untuk mendaratkan ikan yang lebih besar kerana tekanan pada tangsi akan ditampung oleh elastic tersebut . Di samping itu , pemilihan gred elastic yang sesuai dengan saiz ikan dapat meminimakan tragedi terlucutnya ikan .
PELAMPUNG KHAS
Pancingan pole menggunakan pelampungpelampung yang direka khas untuk setiap jenis keadaan air , cuaca dan juga umpan . Melalui pengalaman pemancing professional dan ujian produk yang menyeluruh maka terhasillah pelbagai jenis pelampung sama ada untuk kegunaan di tasik yang cetek atau dalam , untuk air yang mengalir deras atau perlahan , umpan besar atau kecil , pastinya semuanya ada !
Satu set tali , pelampung , mata kail dan batu kapit dikenali sebagai " pole rig " yang akan disambungkan dengan elastic anda . Pole rig ini disediakan dengan penuh teliti bagi tujuan mengesan getuan ikan dan juga bagi menggalakkan ikan untuk mengambil umpan . Pemancing pole yang ‘ top ’ sangat mahir mengikat dan menyempurnakan pole rig mereka .
Set ultralight dan mata kail yang halus akan diterjemahkan kepada keyakinan ikan untuk menjamah umpan anda . Selalunya faktor inilah yang membezakan kalah atau menang di dalam apa-apa pertandingan memancing mengikut format Coarse Fishing antarabangsa .
FORMAT PERTANDINGAN
Bayangkan sekiranya semua pemancing professional mempunyai alatan yang sama canggih dan menggunakan umpan yang sama , mereka wajib menggetengahkan apa-apa kelebihan yang ada .
Yang menjadikan teknik ini sangat berkesan adalah ketepatannya dan juga cara menawarkan umpan yang sangat ‘ natural ’. Pole yang panjang membolehkan labuhan umpan yang tepat ke mana-mana struktur atau kawasan yang mempunyai ikan dan mempunyai leverage ( tuilan ) untuk menjinakkan ikan .
Apabila labuhan umpan mengikut citarasa ikan , maka lebih banyaklah tangkapannya . Ini penting kerana format kejuaraan pertandingan memancing di Eropah adalah jumlah berat keseluruhan tangkapan ikan . Berbeza dengan pertandingan memancing di negara kita , pemenang biasanya ialah seekor ikan yang terberat . Misalannya , dengan menangkap 50 ekor ikan seberat 100 gram setiap seekor , boleh mengalahkan seekor tangkapan yang beratnya 4.9kg .
Adakah mustahil mendapat jumlah tangkapan yang begitu banyak dengan menggunakan teknik pole ini ? Saya sendiri pernah berjaya menangkap 100 ekor ikan dalam masa kurang dari 1.5 jam , sementara rakan saya Hadrian Whittle pernah mencatat 2,100 ekor ikan dalam masa 5 jam !
Bagi pemancing professional jumlah tangkapan seberat 200-250lbs seorang dalam pertandingan coarse fishing merupakan perkara normal bagi mereka . Dengan sistem ini juga mengurangkan elemen ‘ nasib ’ semasa memancing dan lebih mengutarakan kemahiran pemancing itu sendiri .
Kini , boleh dikatakan 100 % pemancing menggunakan pole semasa pertandingan dunia untuk pancingan air tawar yang dianjurkan oleh Fédérations Internationales Pour La Peche Sportive Eaux Douces ( FIPS ED ) atau Persatuan Sukan Memancing Air Tawar Antarabangsa , antara bukti sahih akan betapa efektifnya teknik ini bagi mendapat ikan .
KELIRU TEKNIKAL
Tidak dinafikan memang terlalu banyak perkara teknikal yang mengelirukan pada awalnya untuk pole fishing ini . Sebagai contoh langkah-langkah atau terma seperti plumbing the depth ( mengukur kedalaman ), ship in-ship out ( pergerakan pole ), overdepth / underdepth , loosefeeding dan cupping mungkin hanya wujud dalam dunia pancingan coarse fishing . Akan tetapi , setelah memahami akan perkaraperkara asas tersebut , maka saya pasti , seperti cara pancingan yang lain , anda hanya tinggal untuk berlatih sahaja .
JENAMA POLE
Sebenarnya memang terdapat jenama-jenama pengeluar pole yang tidak asing bagi pemancing kita seperti Shimano , Daiwa , Mitchell dan Shakespeare . Dan pada masa yang sama terdapat juga jenama-jenama yang hanya mengkhususkan arena coarse fishing sahaja seperti Maver , Preston Innovations , Mosella , Dave Harrell , Drennan , Rive , Map , Kamasan , Nash , Serie Walter , Trabucco dan Garbolino . Untuk pengetahuan anda , buat masa ini , pole yang paling canggih merupakan Daiwa Air Z , dengan harga jualan sekitar RM17,000 !
Sayangnya , peralatan pole masih belum lagi dipasarkan di tanahair . Kemungkinan dengan permintaan yang bertambah , maka pembekal peralatan pancing akan mula membawanya masuk dalam masa yang terdekat .
Adalah menjadi harapan saya teknik pole fishing ini akan mula mendapat tempat di hati pemancing tanahair seperti teknik pancing layang , jigging dan casting , justeru negara kita akan dapat menghantar satu pasukan ke kejohanan dunia di satu hari nanti ! — @ Pancing
Artikel ini adalah pendapat peribadi dari kacamata dan pengalaman penulis . Jom ikuti keterangan lanjut berkenaan Coarse Fishing melalui FB dan IG Malaysian Coarse Fishing Association dan FB Supertackle Malaysia serta langgani video coarse fishing di dalam Bahasa Malaysia di YouTube Supertackle Malaysia . Jumpa lagi di isu hadapan !