@Pancing October 2020 | Page 8

Ibu Gelama 16kg yang berjaya Gab tundukkan pada saat-saat akhir .
pelancong tempatan kerana ia merupakan lokasi ' 0km '. Setelah siapnya jalan berturap ke Teluk Melano pada tahun 2019 , ia terus sibuk dikerumuni oleh pelancong terutamanya di hujung minggu . Lokasi pertama kami merupakan sekitar perairan Teluk Melano di mana Wellistera dan Julian berjaya menundukkan ikan Bandang @ Ladyfish .
Selain ikan Bandang , kami juga berjaya menaikkan spesies-spesies lain seperti Kerapu , Sagai dan juga Ketarap . Bahagian dasar perairan ini adalah berkarang dan berbatu yang cukup cantik serta luas dan menjadikannya salah satu lokasi pancingan terkenal di kalangan pemancing tempatan .
KAKI BULI
Perairan Tanjung Datu ini sangat sesuai untuk jigging dengan menggunakan joran berkekuatan sehingga PE 4 , kekili pula sekitar saiz 3000 ke 5000 , tali utama jenis tali sulam 30 ke 50lb dan perambut 40 ke 60lb disarankan untuk pancingan di sini disebabkan kehadiran GT dan Ibu Gelama !
Kebanyakan lokasi jigging adalah berkarang dan berbatu tinggi , jadi perambut yang kasar disarankan walaupun kedalamannya sekitar 15 ke 30m .
Setibanya kami ke spot ini , kami disambut oleh tarikan beberapa ekor Sagai dan GT kecil . Saiz ikan Sagai di sini juga cukup baik iaitu sekitar 2 ke 3kg dan di kedalaman lebih 20m , sambaran dan perlawanannya cukup mengasyikkan .
Apabila arus bertukar dan puas melayan ikan-ikan pemanas badan , sudah sampai masanya kami mencuba lokasi ikan-ikan monster iaitu GT dan Ibu Gelama . Kedalaman antara 15-20 meter ditujui dan kami berhanyut di atas karang yang tinggi .
Well telah mendapat sambaran kasar sehingga drag kekilinya melaung , namun nasib tidak menyebelahinya apabila tali utama beliau telah putus disebabkan struktur di dasar . Kekecewaan Well bersambung
Ibu Gelama berkumpulan dan boleh sahaja dapat lebih dari seekor jika tidak terlepas atau terputus ketika melawannya .
Jika tiada Ibu Gelama , sentiasa ada GT bagak sebagai penganti !
Paling seronok ialah Ibu Gelama di sini sudi akan lengokan jig !
pula pada Gab yang juga putus tali utamanya setelah sambaran kasar dan pecutan yang sungguh padu tersebut langsung tidak dapat ditangani .
Terlepas dua asakan padu itu menyebabkan suasana menjadi sunyi sepi , tetapi kami tidak mengalah kerana tahu ikan masih ada di sekitar dan kami harus bersabar memujuknya kembali .
MAMA MUNCUL
Kebiasaanya setiap trip kami akan ditamatkan sekitar jam 5.30 petang . Jam di tangan sudah menunjukkan jam 3.30 petang dan kami hanya mempunyai lebih kurang 2 jam lagi untuk jigging
. Kami jigging di spot yang sama berulang kali tanpa jemu . Sedang saya menggulung tali secara perlahan untuk menaikkan jig , terasa 2-3 kali jig seolah digetu sesuatu yang kasar .
Tindakan refleks ialah terus membalas joran dengan kuat . Sebaik ikan terasa tercangkuk mata kail assist , ia terus membenam laju . Saya sememangnya sudah bersedia dengan kekili low profile saiz 200 digandingkan dengan joran travel 4 pieces PE2-4 , ikan dihadap dengan berhati-hati , akhirnya Mama Eron seberat 14 kg tersebut berjaya dijinakkan dan dinaikkan .
Ibu gelama terbesar trip berjaya dinaikkan oleh Gab pada saat-saat akhir iaitu sekitar 5.30 petang . Dengan joran spinning PE2-4 dan kekili saiz 5000 , seekor Ibu Gelama seberat 16kg berjaya beliau tewaskan dan ia merupakan ikan terbesar pertama miliknya .
Kami juga turut mendapat beberapa kali sambaran kasar , yang berkemungkinan juga adalah Ibu Gelama , namun rabut . Trip ini kami tetap berpuas hati walupun cuma berjaya menaikkan 2 ekor Mama Eron bersaiz Monster ! — @ Pancing
Pertanyaan : STEVER 016-886 5510
08 • Oktober 2020 • @ pancing