@Pancing November 2020 | Page 8

“ Oleh kerana tiada pembangunan dan penempatan yang terdekat berhampiran , maka sungai-sungai di sini masih boleh dianggap dara tanpa gangguan nelayan komersil . Tidak terkecuali juga Sungai Buta yang pernah suatu ketika dahulu menjadi lokasi kegemaran saya sekiranya bertandang ke sini .”
Kerapu Naga tangkapan terbaik di Sungai Buta !
Pelahap , gewang bersaiz 75mm ini habis ditelan Bumblebee !
Double strike berlainan spesies menunjukkan satu reba boleh ada banyak ikan jenis lain berkongsi tempat di sini .
“ Oleh kerana tiada pembangunan dan penempatan yang terdekat berhampiran , maka sungai-sungai di sini masih boleh dianggap dara tanpa gangguan nelayan komersil . Tidak terkecuali juga Sungai Buta yang pernah suatu ketika dahulu menjadi lokasi kegemaran saya sekiranya bertandang ke sini .”
Kami mematikan enjin dan terus berdayung ke beting pasir tersebut untuk menurunkan sauh . Modus operasi berbeza dengan kelaziman . Kali ini kami mengilat tanpa bot bergerak untuk menyasarkan sudut-sudut tertentu sahaja .
TEKNIK
Gewang selaman dalam tetap menjadi pertaruhan utama . Saya menggunakan crankbait berjaya menaikkan seekor ikan Kerapu Naga bersaiz memuaskan . Kekuatan ikan pemangsa yang terkenal dengan gelaran “ Bumblebee ” ini sememangnya tidak boleh dinafikan . Hampir terlepas joran dari tangan angkara henjutannya yang bagaikan bulldozer di dasar sungai !
Setelah hampir satu jam menggunakan gewang selaman dalam , penghuni lubuk tersebut bagaikan mengunci mulut terhadap gewang kami . Lantas gewang soft plastic udang pula menjadi pertaruhan pada sesi kedua .
Soft plastic udang dibiarkan hanyut hingga ke dasar lubuk . Lalu beberapa henjutan kecil dan karauan pendek dilakukan untuk menggayakan soft plastic tersebut bagaikan udang sebenar yang sedang berenang ketakutan di dalam air .
Tanpa menunggu lama , kami dengan serentak mendapat “ double strike ”. Perlawanan
Soft plastic udang , umpan alternatif terbaik di muara !
( Atas kanan ) Double strike dari trip lama .
Siakap Putih banyak di sini !
kali ini agak berlainan . Pemangsa di hujung tali melawan habis-habisan sehingga memaksa joran 8-16lb yang kami gunakan menunduk semaksimanya . Rupa-rupanya sepasang ikan Siakap Merah telah tertipu oleh lenggokan udang tiruan kami .
Sesi seterusnya menjadi semakin rancak apabila air menyorong pasang dengan beberapa ekor lagi ikan Siakap Merah menyerah diri . Sememangnya ikan Siakap Merah mendominasi hasil tangkapan sehingga ke penghujung trip .
SET-UP
Senjata utama yang kami gunakan sepanjang trip kali ini adalah joran berkekuatan 10-20lb yang dipadankan dengan mainline 25-35lb untuk digunakan bersama gewang selaman dalam . Gewang yang digunakan pula kebanyakkannya bersaiz 7 sehingga 9cm bergantung dengan kedalaman air . Semakin dalam air , semakin besar gewang yang digunakan kerana mampu menyelam dengan lebih dalam .
Untuk permainan soft plastic pula , kami menggunakan joran berkekuatan 6-12 dan 8-16lb . Tali utama pula hanya berkekuatan 15 sehingga 20lb sahaja untuk memberikan lebih aksi kepada soft plastic yang lebih ringan .
Namun kami menggunakan shock leader fluorocarbon yang kasar pada semua set pancing untuk mengelakkan kejadian dibuli oleh ikan-ikan muara yang kebiasaannya suka bermain kotor dengan menyelinap ke arah struktur reba dan akar bakau .
PENUTUP
Trip ini ditamatkan awal sejurus sahaja air telah meningkat tinggi . Walaupun masa memancing agak terhad , namun trip ini dianggap berjaya dengan variasi tangkapan yang berbeza dan bersaiz memuaskan . Hanya sedikit kekesalan terbuku di hati kerana tidak dapat ‘ repeat ’ di lokasi yang sama dalam masa terdekat ini lantaran peningkatan kes Covid- 19 yang mendadak terutamanya di daerah Semporna yang telah diistiharkan sebagai red zone !
Bersama-samalah kita mematuhi SOP di era norma baharu ini dan akur dengan arahan pihak berkuasa dengan harapan semuanya kembali pulih seperti sediakala . Amalkan 3W , elakkan 3C . — @ Pancing
Pertanyaan : CIKGU ZAIDY 012-448 0037
08 • November 2020 • @ pancing