@Pancing November 2020 | Page 7

Jenahak adalah antara tangkapan terbaik dengan gewang selaman dalam di sini . Kawasan Hutan Simpan , peringatan kepada pembalak haram !
Orang rumah pernah juga mengikut trip ke sini . Jarang-jarang , 2 ekor Siakap Merah membaham satu gewang !
Keindahan hutan simpan di Pulau Timbun Mata .

HAMPIR LIMA tahun sungai istimewa ini tidak dilawati dan tempoh masa yang sama jugalah ikan-ikannya tidak pernah bersua dengan dengan gewang , lantaran kedudukannya yang terpencil dan tidak dikenali .

LOKASI
Sungai Buta , bukanlah nama sebenar kepada sungai paya bakau yang ingin diketengahkan dalam artikel kali ini . Tetapi nama “ buta ” itu sebenarnya merujuk kepada keadaan muara sungai yang cetek dan tidak dapat diakses menggunakan bot pada waktu air surut .
Untuk pengetahuan semua , sungai ini tidak mempunyai nama khusus yang berdaftar di dalam peta kerana ia agak kecil dan jauh di dalam kawasan pendalaman . Hanya nama “ Sungai Buta ” yang menjadi panggilan tempatan .
Sungai Buta sebenarnya adalah salah satu daripada 3 anak sungai yang terdapat di Pulau Timbun Mata , Semporna Sabah . Pulau yang terpencil tanpa penghuni ini mempunyai keluasan 103.7 km persegi dan merupakan kawasan hutan simpan yang masih terpelihara keindahan flora dan faunanya .
Oleh kerana tiada pembangunan dan penempatan yang terdekat berhampiran , maka sungai-sungai di sini masih boleh dianggap ‘ dara ’ tanpa gangguan nelayan komersil . Tidak terkecuali juga Sungai Buta yang pernah suatu ketika dahulu menjadi lokasi kegemaran saya sekiranya bertandang ke sini .
Penghujung September 2020 , saya dan seorang rakan telah berkesempatan untuk kembali memancing di sungai ini . Hanya 2 hari sebelum bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar ( PKPDB ) di daerah Semporna disebabkan kes Covid-19 yang semakin meningkat sehingga ke tarikh artikel ini ditulis .
RINDU BERBALAS
Perjalanan ke Sungai Buta mengambil masa 45 minit dengan menggunakan bot fiber berkuasa enjin 15hp . Kami terpaksa bergerak pada waktu subuh tatkala air masih tinggi untuk mengelakkan bot terkandas di muara sungai sekiranya air telah surut .
Bagaikan langkah kanan , lontaran pertama daripada rakan saya Cikgu Wiwi , berhasil menaikkan seekor Siakap Merah dengan menggunakan gewang selaman dalam . Kami terus berhanyut menyelusuri sungai sambil mengilat dan telah dihadiahkan dengan 2 ekor lagi ikan Siakap Merah dan 2 ekor Jenahak .
LOKASI RAHSIA
Pada bahagian hulu sungai ini terdapat satu simpang tiga yang mempunyai beting pasir di tengah-tengah sungai . Beting pasir inilah sebenarnya lubuk rahsia yang pernah menjadi kegilaan saya satu ketika dahulu .
@ pancing • November 2020 • 07